Utusan Borneo (Sarawak)

Keharmonia­n pelbagai kaum di Sarawak meriahkan Niti Daun 2018

-

KUCHING: Perarakan Gawai Dayak atau Niti Daun yang berlangsun­g di bandar raya ini semalam menarik perhatian ribuan warga kota termasuk pelancong tempatan dan luar negara.

Lebih meriah, perarakan tersebut turut disertai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang serta menterimen­teri kabinet negeri yang lain.

Antaranya Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri James Masing, Menteri Utiliti Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom merangkap pengerusi jawatankua­sa penganjur serta pemimpin-pemimpin Dayak yang lain.

Perarakan sejauh satu kilometer ini bermula dari pekarangan Bangunan Tun Jugah menuju ke pentas utama pekarangan Tower Square, Tebingan Kuching.

Dalam pada itu, perarakan dimulakan dengan upacara Ngerandang Jalai iaitu upacara simbolik pembuka jalan dalam erti kata ia adalah untuk mohon agar perjalanan dan segala yang dilakukan berjalan dengan lancar.

Terdahulu sebelum upacara tersebut terlebih dahulu diadakan upacara miring oleh Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS) di hadapan Bangunan Tun Jugah.

Sebanyak 93 kontinjen darat dan 31 kontinjen sungai melibatkan 3,000 peserta menyertai perarakan ini termasuk konvoi motosikal berkuasa tinggi.

Perarakan ini adalah bersempena sambutan Perayaan Gawai Dayak Peringkat Negeri Sarawak 2018 anjuran komuniti Dayak Iban.

Kali terakhir perarakan sebegini dilangsung­kan adalah pada tahun 1994, iaitu 24 tahun lepas.

Penganjura­n semula perarakan Niti Daun ini diharap dapat mempromosi­kan budaya dan kewujudan masyarakat Dayak bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Malaysia dan di mata dunia.

 ??  ?? HARMONI: Abang Johari (tiga kiri) menyertai perarakan Gawai Dayak 2018 di Kuching semalam. Turut kelihatan Uggah (tiga kanan), Masing (dua kanan), Rundi (dua kiri) serta pemimpin yang lain.
HARMONI: Abang Johari (tiga kiri) menyertai perarakan Gawai Dayak 2018 di Kuching semalam. Turut kelihatan Uggah (tiga kanan), Masing (dua kanan), Rundi (dua kiri) serta pemimpin yang lain.
 ??  ?? TIDAK KETINGGALA­N: Kontinjen Bamboo Band, Persatuan Lun Bawang turut menyertai perarakan.
TIDAK KETINGGALA­N: Kontinjen Bamboo Band, Persatuan Lun Bawang turut menyertai perarakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia