Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Kolej IBS layakkan diri ke pusingan ke-3 Dota 2

-

MIRI: Sekumpulan pelajar Kolej IBS telah berjaya melayakkan diri ke pusingan ketiga pertanding­an permainan komputer Dota 2 yang akan diadakan di Kuala Lumpur Julai ini.

Namun lebih mengujakan apabila pelajar Kolej IBS Miri berjaya meletakkan diri di kedudukan kelapan daripada 32 kumpulan yang bertanding di mana mereka akan bakal bertanding ke pusingan ketiga.

Hadir pada sesi temu ramah bersama pelajar ialah pengetua Kolej IBS Dr Antony Hii yang menzahirka­n ucapan tahniah atas pencapaian kumpulan Kolej IBS.

Di samping itu, beliau juga memberi nasihat kepada mereka agar mengimbang­i masa belajar dan berlatih, serta memberi sokongan penuh atas minat para pelajar yang akan bakal bertanding Julai ini.

Selain itu, beliau memuji barisan pemain Dota 2 Kolej IBS yang berjaya meletakkan diri di kedudukan terkini di Asia Tenggara.

Lima barisan pemain yang mewakili Kolej IBS serta kedudukan terkini mereka seluruh Asia Tenggara ialah Chiu Aik Fei pada kedudukan 325, Cheong Wai Siang (364), Hii Tiong Seng (506), Tiong Kwong Hock (567) dan Tiong Ing Kong (1525).

Sesi temu ramah bersama kumpulan pelajar yang berjaya melayakkan diri ke pus- ingan ketiga Dota 2 diakhiri dengan mengambil gambar kenangan serta ucapan kata-kata semangat bersama pengetua Kolej IBS Miri.

Sesi kemasukan Julai dan September sedang terbuka bagi lepasan SPM, Diploma, dan Ijazah Sarjana Muda.

Kolej IBS juga menawarkan pengajian peringkat Master (Sarjana) bagi lepasan Ijazah Sarjana Muda.

Program Sarjana ini merupakan kerjasama di antara Kolej IBS dan Universiti Malaysia Sarawak

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi talian 085-438666, atau e-mel info@ibs.edu.my dan lawati laman sesawang www.ibs. edu.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia