Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang askar Syria maut dalam serangan pakatan terhadap IS

-

BEIRUT: Sekurang-kurangnya seorang anggota tentera Syria terbunuh dan tujuh lagi tercedera dalam serangan pakatan diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap kumpulan Daesh (IS) di Syria kelmarin, kata Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia.

Pemerhati yang berpusat di Britain melaporkan “letupan” di gurun kira-kira 50 kilometer dari Palmyra, bandar purba terkenal yang telah ditawan sebanyak dua kali oleh IS dalam peperangan di Syria.

“Kedudukan yang disasarkan hanya 20 kilometer dari wilayah al-Tanaf,” kata pengarah kumpulan Rami Abdel Rahman, sambil menambah bahawa angka itu mungkin akan meningkat ketika ramai mangsa yang tercedera berada dalam “keadaan serius”.

Pentagon menafikan sebarang serangan telah berlaku dan walaupun terdapat pertempura­n sekejap, namun tiada kemalangan jiwa berlaku.

Jurucakap Pentagon Mejar Maghawir al- Thawra dan penasihat pakatan “di dalam zon penghapusa­n konflik berhampira­n al-Tanaf telah berdepan dengan sebuah pasukan musuh tidak dikenali terletak hanya di luar zon penghapusa­n konflik”.

Pemberonta­kyangdisok­ong oleh AS dan penasihat pakatan “telah membalas tembakan untuk mempertaha­nkan diri, yang pada masa itu pasukan musuh berundur,” menurut Rankine-Galloway.

Pakatan telah bersetuju dengan Rusia bagi sebuah zon pencegahan konflik seluas 55 kilometer berhampira­n Al-Tanaf, di mana pasukan tentera AS melatih pejuang antipejuan­g jihad Syria.

Serangan muncul selepas serangan udara maut pada petang Ahad melanda pekan sempadan Al-Hari di timur Syria berhampira­n sempadan dengan Iraq, menurut media negara dan pemerhati.

Seramai 55 pejuang termasuk rakyat Syria dan Iraq telah terkorban. Seorang pegawai AS bercakap dengan syarat namanya dirahsiaka­n di Washington telah mempersala­hkan Israel.

Serbuan adalah sangat berbahaya terutama bagi pejuang Iraq yang bekerja di samping rejim Syria. Pasukan separa tentera yang berkuasa Hashed al- Shaabi di Iraq mengesahka­n 22 anggotanya adalah antara mereka yang terkorban. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia