Utusan Borneo (Sarawak)

Polis dibantu tentera gempur kumpulan samseng, korban termasuk budak usia 14 tahun

-

RIO DE JANEIRO: Tujuh orang, termasuk seorang budak lelaki berusia 14 tahun, terbunuh dalam keganasan berterusan antara polis yang dibantu oleh tentera dan kumpulan samseng di Rio de Janeiro, menurut laporan kelmarin.

Dalam serangan terbaharu, anggota tentera dan marin yang berpakaian penyamaran serta membawa raifal dapat dilihat sedang mencari orang ketika mereka masuk dan keluar dari dua kawasan kejiranan, dikenali sebagai favela, di dalam kawasan pantai mewah Copacabana.

Pihak tentera, yang diarahkan bertanggun­gjawab bagi keselamata­n di Rio de Janeiro pada awal tahun ini, menyatakan operasi melibatkan 1,800 anggota tentera dan 50 polis.

Sasaran mereka adalah untuk mengalihka­n sekatan jalan raya yang dilakukan oleh kumpulan samseng dan bagi “memeriksa laporan mengenai aktiviti jenayah dan tindakan haram lain,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Operasi itu menyebabka­n kesesakan lalu lintas yang besar pada waktu sibuk di kawasan tepi laut yang sibuk, namun tiada petanda bagi insiden tembakan. Bagaimanap­un, serangan sama sering kali menyebabka­n kiraan mayat yang tinggi, terutama di kalangan orang awam yang tidak bersenjata.

Pada Rabu lepas, dalam satu operasi berasingan di rangkaian meluas favela dikenali sebagai Mare, polis yang dibantu oleh kenderaan berperisai telah berbalah dengan pengedar dadah.

Enam orang yang membawa senjata, peluru dan dadah dibunuh, menurut laman berita G1. Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun yang terkena tembakan peluru sesat meninggal dunia akibat kecederaan­nya pada lewat malam tersebut.

“Budak lelaki itu terlambat dan hendak pergi ke sekolah ketika dia ditembak” pegawai sekolah perbandara­n Fatima Barros berkata dalam wa- wancara bersama televisyen Globo.

Beberapa laporan media menyatakan budak lelaki itu ditembak dari sebuah helikopter yang terbang rendah di atas favela, namun pada lewat kelmarin ibu remaja itu berkata anak lelakinya telah memberitah­u bahawa dia ditembak dari sebuah kenderaan berperisai.

Ibunya, Bruna Silva, telah dipetik oleh agensi milik ne- gara Agencia Brasil menyatakan bahawa anak lelakinya mungkin akan terselamat sekiranya polis telah membenarka­n sebuah ambulans untuk mengambiln­ya.

“Ambulans telah mengambil masa selama sejam. Ia tidak dapat masuk. Pihak polis memberitah­u ia agar berpatah balik,” Silva dipetik sebagai berkata.

“Anak lelaki saya adalah jelas, dia adalah baik. Namun semasa ambulans tiba dia sudah menjadi pucat dan sejuk.”

Bandar kedua terbesar di Brazil, yang menjadi tuan rumah bagi Olimpik pada 2016, sedang mengalami kemelut akibat jenayah kejam yang meningkat dan kemelut kewangan.

Kumpulan badan kebajikan Rio de Paz berkata seorang lagi remaja berusia 14 tahun telah dibunuh oleh peluru sesat di sebuah favela berasingan dalam tempoh 24 jam lepas. Ia masih belum jelas apa yang menyebabka­n kejadian tembakan.

Menurut pihak kebajikan, yang bekerja rapat dengan mangsa-mangsa di seluruh favela, terdapat lapan kanakkanak terbunuh akibat tembakan peluru sesat di Rio pada tahun ini sahaja. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TIBA: Kapal Libya yang membawa pendatang Afrika tiba di pangkalan tentera laut di Tripoli kelmarin.
— Gambar AFP TIBA: Kapal Libya yang membawa pendatang Afrika tiba di pangkalan tentera laut di Tripoli kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? PERIKSA: Anggota tentera Brazil memeriksa penduduk di favela Chapeu Mangueira ketika operasi memburu kumpulan samseng di Rio de Janeiro kelmarin.
— Gambar AFP PERIKSA: Anggota tentera Brazil memeriksa penduduk di favela Chapeu Mangueira ketika operasi memburu kumpulan samseng di Rio de Janeiro kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia