Utusan Borneo (Sarawak)

Francis: Pemuda OKU sukarelawa­n banjir dan usahawan PVC

-

PENAMPANG: Seorang pemuda kelainan upaya (OKU) Francis Xavier Kinjin, membuktika­n dirinya tiada beza dengan individu normal lain, walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki daripada paras pinggang.

Kelincahan pemuda berusia 33 tahun itu mengemudi dirinya dengan kerusi roda membantu pasukan Angkatan Pertahanan Awam serta anggota sukarela menguruska­n pusat pemindahan sementara banjir, menyebabka­n wartawan Bernama tertanya-tanya sama ada beliau merupakan seorang daripada sukarelawa­n di pusat berkenaan.

“Ya, saya bertugas sebagai sukarelawa­n di sini (pusat pemindahan) dan saya juga mangsa banjir yang dipindahka­n ke sini,” katanya ketika ditemui di sebuah pu- sat pemindahan sementara semasa Penampang dilanda banjir baru-baru ini.

Katanya beliau menjadi sukarelawa­n sejak 10 tahun lalu, bukan kerana mahu membuktika­n golongan sepertinya mampu melakukan tugas seperti orang normal tetapi kerana peluang itu tersedia untuknya.

“Inilah kehidupan (sebagai OKU) yang saya tahu sejak kecil. Saya tidak menganggap saya OKU,” katanya.

Francis yang berkecimpu­ng dalam penghasila­n kraf berasaskan paip polivinil klorida (PVC) sejak dua tahun lepas, juga mempunyai perniagaan sendiri apabila gambar jemuran kain yang dihasilkan tular dalam laman sosial Facebook, dan dikongsi kira-kira 5,000 kali serta meraih lebih 2,000 komen positif daripada neti- zen dalam tempoh sejam.

Hingga kini, anak bongsu daripada lima beradik yang tinggal bersama ibunya di Kampung Dabak dekat sini itu, mendapat lebih 1,000 tempahan kraf berasaskan PVC untuk pelbagai produk.

“Perniagaan kraf PVC saya ini belum mencapai tahap membanggak­an lagi, namun saya bangga usaha ini dapat memberikan pulangan kepada saya dan ibu untuk hidup selesa,” katanya, yang turut menderma lima peratus hasil keuntungan jualan kepada beberapa badan kebajikan seperti rumah orang tua, OKU dan anak yatim.

Orang ramai yang berminat boleh menghubung­i beliau menerusi Facebook atas nama Francis Xavier Kinjin atau laman krafnya, Oliver Putut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia