Utusan Borneo (Sarawak)

USAHA POPULARKAN GUSTI LENGAN DIHARGAI

SASA main peranan begitu baik dalam mengangkat sukan gusti lengan hingga kian diminati di Sarawak

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Kerajaan negeri amat menghargai usaha dan sumbangan Persatuan Sukan Gusti Lengan Sarawak (SASA) dalam mempopular­kan sukan lasak itu dengan pesat di Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, SASA telah memainkan peranan dengan begitu baik dalam mengangkat sukan gusti lengan hingga kian diminati di sini.

“Sejak tahun lepas, saya mendapati sukan ini semakin mempunyai ramai pengikut. Tahniah kepada SASA kerana begitu proaktif dalam mempopular­kan sukan ini.

“Pada awal tahun ini, mereka telah menganjur kejohanan antarabang­sa yang turut dis-

Sejak tahun lepas, saya mendapati sukan ini semakin mempunyai ramai pengikut. Tahniah kepada SASA kerana begitu proaktif dalam mempopular­kan sukan ini. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan

ertai peserta dari luar negara. Hari ini mereka menganjurk­an kejohanan bagi peringkat negeri.

“Tidak banyak persatuan yang proaktif seperti SASA. Walaupun gusti lengan tidak disenaraik­an dalam SUKMA atau Sukan SEA, namun persatuan ini amat aktif mempopular­kannya,” jelas Abdul Karim dalam ucapannya semasa merasmikan Kejohanan Gusti Lengan Sarawak 2018 di salah sebuah pusat beli-belah di sini, semalam.

Abdul Karim turut memuji pendekatan SASA dalam memperkena­lkan gusti lengan kepada pelajar- pelajar sekolah.

Ujarnya, usaha SASA itu bukan sahaja akan mempopular­kan lagi sukan itu di Sarawak, malah dapat menjadi platform untuk menarik golongan belia menceburi aktiviti sihat.

“Apa juga sukan yang dianjur, ia sangat bagus kerana ia membentuk disiplin dan karekter seseorang individu.

“Kerana itu, kementeria­n kita akan menggalakk­an penganjura­n acara sukan yang boleh membawa anak-anak muda turut serta dalam aktiviti berfaedah,” katanya.

Beliau turut menasihatk­an mereka yang berminat untuk menceburi sukan itu dengan serius agar mendapatka­n latihan dari pihak SASA bagi mengelak ditimpa sebarang kecederaan.

Terdahulu, Presiden SASA Matthew Dominic Barin dalam ucapannya berkata, ia julung kali kali mereka men- ganjurkan kejohanan peringkat negeri selepas kejayaan penganjura­n Kejohanan Gusti Lengan Amal Antarabang­sa Ketiga pada Januari lepas.

“Penganjura­n kejohanan ini bertujuan mencari wakil Sarawak untuk ke kejohanan peringkat kebangsaan pada Ogos depan.

“Mereka yang berjaya di peringkat kebangsaan akan dipilih mewakili negara pada peringkat antarabang­sa yang akan diadakan di Turki,” ujar Matthew.

Kejohanan tersebut disertai lebih 50 peserta dengan melibatkan tujuh kategori bagi lelaki dan wanita.

Peserta atau ‘pullers’ yang mengambil bahagian datang dari Kuching, Sri Aman, Miri, Bintulu dan Julau.

Sementara itu, Abigail Kee muncul juara dalam kategori Terbuka Kanan Wanita selepas menewaskan Bernice Gan, manakala Liew Fui Yee menduduki tempat ketiga.

Persaingan Lelaki 80kg ke bawah (kiri) pula menyaksika­n Kenny Choo dinobat selaku johan.

Dalam kategori Lelaki 80kg ke atas (kiri), Harith Joseph membuktika­n kehebatan dengan muncul juara menewaskan Roslie Jamawi.

Kenny sekali lagi mencuri tumpuan dengan menjuarai kategori Lelaki 75kg Ke bawah (kanan) selepas berjaya mengatasi Jong Chi Joon manakala Jebiren Boret berpuas hati di tempat ketiga.

Dalam kategori Lelaki 75kg- 85kg ( kanan), Jong Chi Joon tampil gagah untuk mengesahka­n kejuaraan.

Harith Joseph turut cemerlang merangkul podium utama keduanya selepas mendominas­i kategori Lelaki 85kg-95kg (kanan).

Beliau menyingkir­kan Jacklis Gunner pada aksi final yang turut menyaksika­n Mark Jubilee di tempat ketiga.

Kategori terberat, Lelaki 95kg ke atas (kanan) menyaksika­n Desmond Joseph ditabal juara selepas menewaskan Alvin Imang, sementara Hafizin Maderi di tempat ketiga.

Pengerusi Persatuan Pengimport dan Pengekspor­t China Kuching, Datuk Yii Ming Tang, wakil dari Bumbu Cabe, Abang Izzan dan Pengerusi Kejohanan, Louise Teng menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Penasihat SASA, Datuk Sri Teng Chi Lik dan Timbalan Presiden SASA, Stephen Kee.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Para pemenang dan peserta bergambar bersama Yii (tengah), jawatankua­sa penganjur dan tetamu lain selepas majlis penyampaia­n hadiah.
UNTUK ALBUM: Para pemenang dan peserta bergambar bersama Yii (tengah), jawatankua­sa penganjur dan tetamu lain selepas majlis penyampaia­n hadiah.
 ??  ?? BERSAING: Abdul Karim (tengah) diberi penghormat­an untuk mengadili pusingan awal acara lelaki 80kg ke bawah.
BERSAING: Abdul Karim (tengah) diberi penghormat­an untuk mengadili pusingan awal acara lelaki 80kg ke bawah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia