Utusan Borneo (Sarawak)

Beberapa terminolog­i OMO akan ditambah baik

Terminolog­i ‘Chief Secretary’ misalnya akan ditukar kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri: KM

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak 1958 (OMO) akan ditambah baik dari segi terminolog­i untuk memastikan undang- undang itu seiring peredaran masa.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, beberapa terminolog­i dalam undangunda­ng itu tidak sesuai lagi digunakan.

“Contohnya, seperti dalam undang- undangnya yang disebutkan ‘Chief Secretary’ sekarang ini tiada ‘ Chief Secretary.’

“Ini kita akan tukarkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ini adalah salah satu yang akan kita perbaiki dalam OMO,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri ( DUN) Nangka di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) di Kampung Bandong di sini, semalam.

Majlis itu adalah anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka.

Hadir sama isterinya Datin Patinggi Datuk Juma’ani Bujang, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi serta Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw serta tetamu jemputan yang lain.

Abang Johari berkata, susulan keputusan Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan Petronas kelmarin, kerajaan negeri akan melaksanak­an kuasa kawal selia pada 1 Julai ini terhadap sektor minyak dan gas di Sarawak.

Beliau berkata, ia akan mengikut undang- undang yang sedia ada termasuk dalam perlembaga­an.

“Ini bermakna sebahagian daripada kuasa di bawah Ordinan Perlombong­an Minyak Sarawak 1958 (OMO) akan dilaksanak­an Petroleum Sarawak Berhad (PETROS),” katanya.

Beliau mengingatk­an bahawa apa yang berlaku ialah Sarawak mempunyai undang- undang negeri dan pihak Petronas hendaklah patuh kepada undang-undang negeri.

“Kita tidak akan membuatkan keadaan tidak normal. Perusahaan minyak dan gas akan berjalan macam sedia kala.

“Hanya Sarawak sekarang mempunyai hak mentadbir urus dari sudut undangunda­ng supaya kita patuh kepada undang- undang yang termaktub dalam perlembaga­an kita,” tambahnya.

Ini kita akan tukarkan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Ini adalah salah satu yang akan kita perbaiki dalam OMO. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Hadirin sempat merakamkan kenangan bersama Abang Johari (empat kanan) pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri DUN Nangka di Sibu, semalam.
UNTUK ALBUM: Hadirin sempat merakamkan kenangan bersama Abang Johari (empat kanan) pada Majlis Ramah-Tamah Hari Raya Aidilfitri DUN Nangka di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia