Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan tidak jejas keupayaan dapatkan kejelasan PDA: Petronas

-

KUCHING: Keputusan Mahkamah Persekutua­n menolak permohonan Petroliam National Berhad (Petronas) tidak akan menjejaska­n keupayaan Petronas untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mendapatka­n kejelasan mengenai hak dan kedudukann­ya di bawah Akta Pembanguna­n Petroleum (PDA) 1974.

Ini kerana, menurut Petronas dalam kenyataan semalam, keputusan tersebut dibuat hanya berdasarka­n sebab teknikal sahaja kerana ia adalah di luar bidang kuasa Mahkamah Persekutua­n.

Bagaimanap­un katanya, Mahkamah Persekutua­n sama sekali tidak menentukan atau mengendos merit pendirian perundanga­n yang diambil oleh kerajaan Sarawak untuk mengawal selia aktiviti petroleum huluan di bawah Ordinan Perlombong­an Minyak 1958 (OMO).

Mahkamah Persekutua­n katanya, turut mengambil kira konsesi kerajaan Sarawak bahawa Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA 1974) telah digubal secara sah.

Katanya, ini mengukuhka­n lagi pandangan Petronas bahawa hanya Parlimen sahaja dapat menggubal undang-undang berhubung industri petroleum huluan termasuk kuasa kawal selia di seluruh Malaysia, baik di darat mahupun di pesisir pantai menurut PDA 1974.

Sementara itu, Mahkamah Persekutua­n kelmarin menolak permohonan syarikat minyak negara itu untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak Petronas bagi mengawal selia aktiviti cari gali dan perlombong­an minyak dan gas di negeri ini.

Keputusan dibuat oleh Hakim Besar Malaya Tan Sri Ahmad Maarop selepas memutuskan Mahkamah Persekutua­n tidak boleh mendengar perkara itu kerana relif pengisyiti­haran yang dimohon syarikat tersebut tidak termaktub di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutua­n tetapi Mahkamah Tinggi.

Katanya, Petronas tidak secara khusus memohon pengisytih­aran bahawa undang- undang tertentu tidak sah, yang diperlukan bagi perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Persekutua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia