Utusan Borneo (Sarawak)

1,500 hadiri Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat DUN Nangka

-

SIBU: Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka yang diadakan di Dewan Kompleks Islam Sibu semalam disambut meriah dengan kehadiran kirakira 1,500 tetamu.

Majlis bukan sahaja dihadiri masyarakat pelbagai kaum tetapi turut diserikan dengan kehadiran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isterinya Datin Patinggi Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

Sejurus tiba di Dewan Kompleks Islam Sibu sekitar jam 10 pagi, Ketua Menteri dan isterinya disambut mesra Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling, Ahli Parlimen Lanang Alice Lau, ADUN Pelawan David Wong, ADUN Bukit Assek Irene Chang, Residen Sibu Charles Siaw, Temenggung Datuk Wan Hamid Edruce, Timbalan Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Robert Lau Hui Yew dan Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Pada majlis tersebut, Abang Johari mendendang­kan lagu ‘Kasih Sayang’ yang mendapat tepukan gemuruh, sebelum beliau serta isterinya turut meluangkan masa untuk bersalaman dengan semua tetamu yang hadir.

Pelbagai hidangan menarik disajikan pada majlis rumah terbuka yang bermula jam 10 pagi, antaranya, sate, ketupat, pulut panggang dan rendang.

Sejurus selepas itu, Ketua Menteri dan isterinya berang- kat meninggalk­an majlis untuk menghadiri majlis sama di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu dan mengadakan­kunjungank­ekediaman Dr Annuar dan Wan Hamid

Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Sibu yang menunggang kira-kira 50 motosikal mengibarka­n bendera Sarawak turut mengiringi Ketua Menteri dan isteri dari Kompleks Islam Sibu ke Dewan MUC.

 ??  ?? BERTANYA KHABAR: Ketibaan Abang Johari telah disambut mesra tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Nangka di Dewan Kompleks Islam Sibu.
BERTANYA KHABAR: Ketibaan Abang Johari telah disambut mesra tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Nangka di Dewan Kompleks Islam Sibu.
 ??  ?? RASMI: Abang Johari (empat kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Nangka sambil diperhatik­an oleh isterinya Juma’ani (lima kiri), Dr Annuar (tiga kiri), Wan Hamid (kanan) serta yang lain.
RASMI: Abang Johari (empat kiri) menyempurn­akan gimik perasmian Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Nangka sambil diperhatik­an oleh isterinya Juma’ani (lima kiri), Dr Annuar (tiga kiri), Wan Hamid (kanan) serta yang lain.
 ??  ?? KUIH TRADISIONA­L: Abang Johari (empat kiri) dan isterinya Juma’ani (lima kiri), Dr Annuar (tiga kiri) serta tetamu jemputan tertarik dengan keunikan kuih bongkol.
KUIH TRADISIONA­L: Abang Johari (empat kiri) dan isterinya Juma’ani (lima kiri), Dr Annuar (tiga kiri) serta tetamu jemputan tertarik dengan keunikan kuih bongkol.
 ??  ?? BERSAMA RAKYAT: Abang Johari dan isterinya Juma’ani meluangkan masa bermesra dan merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Nangka.
BERSAMA RAKYAT: Abang Johari dan isterinya Juma’ani meluangkan masa bermesra dan merakam kenangan bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Pusat Khidmat DUN Nangka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia