Utusan Borneo (Sarawak)

Ia bakal menawarkan kemudahan kesihatan dan perubatan lebih baik kepada anggota, ahli keluarga dan veteran ATM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sarawak bakal menikmati kemudahan kesihatan dan perubatan yang lebih baik sebaik kerjakerja pembinaan Poliklinik Kesihatan ATM di Kem Penrissen di sini siap tahun depan.

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Bustaman Mat Zin berkata, kemudahan kesihatan itu bukan sahaja untuk anggota ATM, malah ahli keluarga mereka serta veteran ATM.

“Poliklinik ini merupakan model pertama dibangunka­n untuk warga ATM di Kem Penrissen ini di mana kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada November 2017 dan dijangka siap pada November 2019.

“Poliklinik adalah untuk memudahkan kira-kira 12,000 anggota kita yang sedang berkhidmat di negeri ini termasuk ahli keluarga mereka dan veteran ATM mendapatka­n rawatan kesihatan dan perubatan tanpa perlu merujuk ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak ( PVTMS) dan Pemilihan Ahli Jawatankua­sa Kerja Sesi 2018- 2021 di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini semalam.

Mengulas lanjut mengenai poliklinik tersebut, Bustaman berkata, ia akan menempatka­n khidmat doktor pakar perubatan dan pakar pergigian termasuk kemudahan pesakit luar dan wad.

“Buat masa sekarang, anggota kita yang memerlukan

Tetapi dengan adanya poliklinik ini nanti di Kem Penrissen, kita tidak lagi perlu merujuk anggota dan pegawai kita kepada pakar kita di hospital tentera di Semenanjun­g Malaysia. Brigedier Jeneral Bustaman Mat Zin Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia

rawatan pakar akan dirujuk dan diterbangk­an ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

“Tetapi dengan adanya poliklinik ini nanti di Kem Penrissen, kita tidak lagi perlu merujuk anggota dan pegawai kita kepada pakar kita di hospital tentera di Semenanjun­g Malaysia,” jelasnya.

Selain Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, ATM mempunyai dua lagi hospital iaitu Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak di Melaka dan Hospital Angkatan Tentera, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Lumut di Perak.

“Buat masa sekarang, doktor pakar tentera datang secara berkala ke klinik kita di kem ini, tetapi apabila poliklinik ini siap nanti, ia boleh berdiri sendiri dan kita tidak perlu membawa doktor pakar dari luar lagi,” tambahnya.

Ditanya mengenai kema- juan projek pada masa ini, Bustaman berkata, kerjakerja pembinaan berjalan dengan lancar namun ada sedikit kelewatan iaitu 13 hari lewat dari jadual berikutan cuti Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri .

Namun katanya, pihak kontraktor memberi jaminan dapat mengejar kembali jadual projek sebaik para pekerja kembali bekerja selepas cuti 12 hari sempena dua perayaan tersebut.

 ??  ?? MESRA: Bustaman (tengah) bersalaman dengan veteran ATM selesai perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PVTMS di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di Kuching semalam.
MESRA: Bustaman (tengah) bersalaman dengan veteran ATM selesai perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PVTMS di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia