Utusan Borneo (Sarawak)

PVTMS antara persatuan veteran ATM aktif dan terbaik di Malaysia

-

KUCHING: Persatuan Veteran Tentera Malaysia Sarawak (PVTMS) merupakan antara persatuan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang aktif dan terbaik di negara ini.

Panglima Briged Ketiga Infantri Malaysia Brigedier Jeneral Bustaman Mat Zin berkata, meskipun tidak menerima peruntukan tetap daripada mana-mana pihak, namun kebajikan ahli-ahlinya dijaga dengan baik.

Justeru, beliau berharap persatuan ini akan terus berusaha untuk menjadi persatuan yang terkuat dalam menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

“PVTMS memainkan per- anan penting untuk menyuaraka­n pendapat serta masalah ahli-ahlinya serta menyam- paikan maklumat mengenai bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada mereka.

“Justeru, setiap ahli persatuan perlu memainkan peranan masing-masing supaya tidak ada mana-mana antara mereka yang tercicir daripada menikmati bantuan penting yang disediakan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan dan Pemilihan Ahli Jawatankua­sa Kerja (AJK) Sesi 2018-2021 persatuan tersebut di Dewan Bukavu, Kem Penrissen di sini semalam.

Terdahulu, Presiden PVTMS, Thomas Ling Kui Eng dalam ucapannya berkata, persatuan itu dikenali sebagai persatuan yang paling aktif dan komited oleh semua persatuan dan kelab-kelab veteran bukan sahaja di Sarawak, malah di seluruh Malaysia.

Sepanjang tahun 2017 sa- haja katanya, persatuan telah melaksanak­an sebanyak 74 aktiviti dan mengemukak­an sebanyak 11 usul kepada Menteri Pertahanan yang baharu.

“Perjuangan PVTMS telah dibuktikan dengan pelbagai usaha daripada semua barisan pemimpin dalam persatuan dan akan diteruskan untuk masa depan para ahli.

“Persatuan kita juga mendapat kepercayaa­n dan sokongan daripada setiap lapisan masyarakat termasuk pemimpin-pemimpin negeri dan negara yang sentiasa membantu dari segi sumbangan dana dan sebagainya.

“Justeru adalah menjadi tanggungja­wab para ahli untuk menjaga nama baik dan imej persatuan supaya persatuan kekal sebagai sebuah persatuan yang disegani,” katanya.

Sesi pemilihan semalam menyaksika­n pelantikan Francis Yeo Wang Hui sebagai

Presiden PVTMS yang baharu bagi sesi 2018 hingga 2021.

Thomas yang tidak mempertaha­nkan jawatan tersebut berharap ahli-ahli persatuan akan terus memberikan kerjasama dan sokongan penuh kepada AJK baharu.

Beliau turut berterima kasih kepada semua ahli dan AJK yang telah memberi kerjasama sepanjang memegang jawatan sebagai presiden sebelum ini.

 ??  ??
 ??  ?? PERSATUAN MANTAP: Bustaman (duduk tengah) dan Thomas (duduk tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama ahli-ahli PVTMS selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan diikuti dengan sesi pemilihan AJK 2018-2012 di Dewan Bukavu, Kem Penrissen semalam.
PERSATUAN MANTAP: Bustaman (duduk tengah) dan Thomas (duduk tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama ahli-ahli PVTMS selepas perasmian Mesyuarat Agung Tahunan diikuti dengan sesi pemilihan AJK 2018-2012 di Dewan Bukavu, Kem Penrissen semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia