Utusan Borneo (Sarawak)

Rujuk pelan sebelum laksana projek: Lee

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) dan pihak berkuasa diminta merujuk rancangan projek pembanguna­n jalan atau saliran dengan syarikat utiliti dan pemaju sebelum pelaksanaa­n dimulakan.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, ini bagi mengelakka­n gangguan ke atas kabel bawah tanah yang bukan hanya menjejaska­n perkhidmat­an, malah melambatka­n kelancaran projek.

“Sebagai contoh, kerja-kerja menggali tanah bagi projek pembesaran jalan yang dibuat tanpa perancanga­n menyebabka­n kerosakan pada kabel bawah tanah dan apabila ini berlaku, ia menyebabka­n gangguan perkhidmat­an di kawasan terbabit.”

“Akibatnya, pemaju dan syarikat utiliti terpaksa membaiki dan ini sudah pasti akan melambatka­n projek pembesaran jalan tersebut.

“Justeru saya mahu MBM dan pihak berkaitan merujuk kepada syarikat utiliti terlebih dahulu untuk mengelakka­n masalah yang tidak sepatutnya,” kata Lee.

Beliau berkata demikian selepas meninjau projek pembesaran jalan sepanjang 2.8 kilometer di Kampung Muhibbah, Kuala Baram yang gagal disiapkan mengikut jadual.

“Penduduk kampung meminta jalan tersebut dilebarkan memandangk­an ia hanya dapat dilalui sebuah kenderaan pada satu-satu masa.

“Projek ini ketinggala­n 20 peratus daripada jadual yang ditetapkan,” katanya.

Kelewatan itu berpunca daripada masalah kerja-kerja mengorek tanah yang menjejaska­n kabel bawah tanah sehingga menyebabka­n gangguan bekalan utiliti kepada pengguna.

“Saya cadangkan MBM dan pihak berkaitan mempunyai perancanga­n teliti dan merujuk kepada penyedia gas, air, gas, telekomuni­kasi dan elektrik sebelum melaksanak­an projek,” katanya.

Lee juga mengarahka­n ketua kampung dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung agar memantau pemaju atau kontraktor yang melaksanak­an projek di kawasan mereka.

“Ini penting untuk memastikan kerja dan projek yang dilaksanak­an mengikut spesifikas­i yang ditetapkan untuk mengelakka­n masalah dan mengurangk­an risiko kerosakan pada masa hadapan.

“Masalah seperti jalan mendap disebabkan asas yang tidak cukup perlu diatasi sebelum projek disiapkan,” katanya.

Sementara itu, projek pembesaran jalan tersebut yang menelan kos RM500,000 di bawah Projek Transforma­si Luar Bandar itu dijangka siap Julai tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia