Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha akan dilipat ganda untuk meneruskan pencapaian kewangan yang lebih baik pada tahun ini

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Koperasi Polis Diraja Malaysia Sarawak Berhad (KOPODIMS) akan terus memberi pinjaman kepada ahli-ahlinya kerana pihak koperasi masih dapat meraih sumber kewangan.

Keseinambu­ngan kejayaan tersebut adalah susulan daripada kejayaan KOPODIMS mencatat keuntungan RM1,221,999.93 pada tahun kewangan 2016.

Pengerusi KOPODIMS ASP (B) Benjamin Gersit Jais berkata, koperasi itu masih dapat mencatatka­n keuntungan RM1 juta (RM1,0002,999.93) walaupun terdapat sedikit penurunan pada tahun lalu.

“Kami akan dapat melipatgan­dakan usaha agar tahun ini (2018) akan dapat meneruskan kesinambun­gan kejayaan yang lepas dengan lebih baik lagi,” katanya.

Demikian katanya dalam ucapanalua­n Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan 2018 (Ke-67) yang dirasmikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sarawak SAC Denis Leong Soon Kuai di Hotel RH di sini, pagi semalam.

Katanya, selaras dengan matlamat koperasi, KOPODIMS sentiasa mengutamak­an keperluan para anggotanya dengan menyediaka­n kemudahan dan perkhidmat­an.

Menurutnya, pihak koperasi juga telah membuat pembayaran dividen sebanyak 16 peratus iaitu 10 peratus atas model syer dan enam peratus atas modal yuran berjumlah RM735,112.98 pada 2016.

“Kita merancang untuk kekalkan kadar (dividen) 16 peratus sebagai tanda penghargaa­n kepada anggota yang telah banyak memberi sokongan dan kerjasama yang baik pada Tahun Kewangan 2017,” katanya.

Tambahnya, anggota boleh menambah syer maksimum lima unit syer iaitu RM500 yang dijual pada harga RM100 setiap satu unit di mana jumlah modal syer anggota berjumlah RM466,996.34 setakat ini.

Sementara itu, Denis yang mewakili Pesuruhjay­a Polis Kontinjen Sarawak dalam ucapannya berkata, KOPODIMS telah berjaya melaksanak­an pelbagai aktiviti dengan terbaik.

“Saya yakin KOPODIMS akan mencapai tahap kejayaan yang lebih baik dengan melipatgan­dakan usaha mereka,” katanya.

Beliau juga menyeru agar lebih ramai lagi anggota polis untuk mendaftar sebagai anggotadan menyimpan menerusi KOPODIMS.

“Saya mendapati masih ramai anggota polis yang belum mendaftar sebagai anggota KOPODIMS, di mana 3,134 daripada 7,000 anggota polis telah mendaftar di seluruh negeri ini,” katanya.

Pada majlis sama, Denis juga diberi penghormat­an untuk merasmikan Laman Web KOPODIMS di www. kopodims.com.my.

 ??  ?? DAPATKAN SEGERA: Pihak pengurusan dan wakil jualan KTS Trading merakamkan gambar bersama-sama rakan niaga dan pelanggan yang menghadiri jerayawara jualan promosi berkenaan, semalam.
DAPATKAN SEGERA: Pihak pengurusan dan wakil jualan KTS Trading merakamkan gambar bersama-sama rakan niaga dan pelanggan yang menghadiri jerayawara jualan promosi berkenaan, semalam.
 ??  ?? TERBAIK: Denis (duduk tengah) dalam sesi bergambar bersama anggota-anggota Lembaga KOPODIMS pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-67 di Hotel RH, Sibu pagi semalam.
TERBAIK: Denis (duduk tengah) dalam sesi bergambar bersama anggota-anggota Lembaga KOPODIMS pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Ke-67 di Hotel RH, Sibu pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia