Utusan Borneo (Sarawak)

KTS Trading giat promosikan minyak pelincir sintetik Shell Rimula

-

BINTULU: KTS Trading Sdn Bhd semalam menjalanka­n jerayawara jualan promosi minyak pelincir sintetik untuk enjin diesel kerja berat yang terbaharu iaitu Shell Rimula R6, R5 atau Rimula R4 X.

Dalam promosi jualan yang bermula 1 April lepas hingga 31 Julai ini, pelanggan boleh menyertai pertanding­an yang dianjurkan KTS selaku pengedar sah Shell Rimula sejak 49 tahun lepas, di mana tujuh pemenang utama berpeluang memenangi hadiah lawatan empat hari, tiga malam ke Dubai pada 13 hingga 17 November nanti.

Shell Rimula R6 yang diasaskan daripada gas asli ini secara amnya merupakan minyak pelincir yang dibuat daripada minyak asas yang sangat bersih dan direka menggunaka­n teknologi PurePlus Shell untuk memanjangk­an jangka hayat enjin.

Ia turut memanjangk­an lagi tempoh jarak penukaran minyak pelincir dan mengurangk­an penggunaan bahan api.

Sepanjang tempoh promosi ini, pelanggan yang datang ke tapak promosi di Kidurong Harbour Commercial Shop ( sebelah Hotel E Home) berpeluang mendapatka­n stok minyak pelincir dengan harga jauh lebih murah jika dibandingk­an harga tanpa promosi.

Sesiapa yang ingin mendapatka­n keterangan lanjut berhubung promosi ini boleh menghubung­i Jordan Lau di talian 086-331010.

Pengurus Cawangan KTS Trading Sdn Bhd Bintulu Yong Lok Kong dan Pengurus Jualan Minyak Pelincir Shell Pejabat KTS Trading Bintulu Tiong Hoo Chiong antara yang hadir pada jerayawara tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia