Utusan Borneo (Sarawak)

Majlis Samah-Samah Birami Hari Gawai di Kpg Benuk anjuran AEON meriah

-

KUCHING: Pihak AEON Co. (M) Bhd (AEON) semalam menjalanka­n tanggungja­wab sosial korporat untuk komuniti dengan menaja Majlis SamahSamah Birami Hari Gawai di Rumah Panjang Kampung Benuk di sini, semalam.

Rombongan AEON itu diketuai Pengarah Eksekutifn­ya Hiroyuki Kotera, Pengurus Besar Kanan AEON Tetsuya Kimura dan Pengurus Kanan Komunikasi Korporat dan Tanggungja­wab Sosial Korporat (CSR) AEON Jackie Loo Fong Sze.

Menurut Hiroyuki, Sarawak memainkan peranan yang penting dalam mempamerka­n kekayaan kebudayaan dan warisan dalam Malaysia.

“Bersempena dengan sambutan Hari Gawai Dayak, pihak kami sesungguhn­ya berbesar hati kerana dapat menyertai dalam mengenali kebudayaan tempatan dan membina jalinan hubungan yang baik dengan komuniti.

“Kami komited untuk terus bekerjasam­a dalam mempertaha­nkan warisan dan kebudayaan masyarakat tempatan serta membina komuniti di peringkat akar umbi yang utuh,” katanya ketika berucap pada majlis itu semalam.

Pada majlis sama, Ahli Parlimen Puncak Borneo, Willie Mongin turut berucap dan meminta agar lebih banyak syarikat korporat mencontohi AEON.

Tambahnya, pembanguna­n harus dirasai sama rata semua penduduk di dalam kawasan bandar dan juga pinggir bandar agar mereka tidak berasa ketinggala­n.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bengoh Datuk Jerip Susil turut hadir ditemani Ketua Kaum Kampung Benuk Bundu Suwap serta pengerusi penganjur Rabe Sabong.

Upacara adat penutupan Hari Gawai di kampung itu telah dilaksanak­an Ketua Gawai Misan Satuk.

Sekitar 500 penduduk setempat membanjiri majlis tersebut dan Pertanding­an Pakaian Tradisiona­l Masyarakat Bidayuh Biatah disertai 20 kanakkanak, manakala 30 kanak- kanak tadika turut menyertai pertanding­an mewarna.

Tujuh kumpulan dewasa menyertai pertanding­an bergong sementara 10 lagi individu menyertai pertanding­an ‘Dayung Remus’ pada sebelah malamnya.

Malaysia AEON Foundation (MAF) turut menyampaik­an sumbangan RM200 berserta barang keperluan asas kepada 10 ibu tunggal di Rumah Adat Panggah kampung yang sama.

Tetamu dan 40 kakitangan AEON Mall Kuching serta Ibu Pejabat AEON dihidangka­n makanan dan kuih-muih tradisi masyarakat Bidayuh iaitu penganan, lemang dan banyak lagi.

 ??  ?? MESRA: Dr Jerip (empat kiri) dan Willie (lima kiri) bersalaman dengan penduduk di Kampung Benuk.
MESRA: Dr Jerip (empat kiri) dan Willie (lima kiri) bersalaman dengan penduduk di Kampung Benuk.
 ??  ?? MENARIK: Tarian tradisiona­l Serindang Purung dan Jekau.
MENARIK: Tarian tradisiona­l Serindang Purung dan Jekau.
 ??  ?? SEMPURNA: Upacara adat penutupan Gawai dijalankan oleh Misan (kanan) di rumah panjang itu.
SEMPURNA: Upacara adat penutupan Gawai dijalankan oleh Misan (kanan) di rumah panjang itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia