Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar wajar lebih berdikari untuk tentukan masa depan Masih ada pelajar yang menyertai program praunivers­iti serah kepada ibu bapa untuk memilih bidang pengajian

- Oleh Jessica Jawing

KOTA SAMARAHAN: Para pelajar khasnya yang menyertai program praunivers­iti perlu berani memilih bidang pengajian mereka sendiri tanpa bergantung kepada ibu bapa.

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, masalah sedemikian harus dikikis dan pelajar sepatutnya lebih berdikari untuk menentukan masa depan mereka.

“Masalah yang sering berlaku antara ibu bapa dan anak-anak yang masuk ke universiti ialah pelajar menyerahka­n kepada ibu bapa mereka memilih bidang pengajian.

“Maka itu, kami di UNIMAS memberi peluang kepada pelajar kita semasa praunivers­iti untuk berfikir dengan baik dan boleh membuat pilihan mereka selepas tamat praunivers­iti,” katanya. Beliau berkata demikian pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu (MIP) Pusat Pen- gajian Pra- Universiti Sesi 2018/2019 UNIMAS di sini, semalam. Tambah Fadzil, isu berk- enaan juga timbul walaupun pelajar diberi masa setahun dalam program praunivers­iti di UNIMAS apabila ada dalam kalangan mereka tetap bergantung kepada ibu bapa untuk memilih bidang pengajian selepas itu.

Beliau pada masa yang sama menasihatk­an pelajar yang datang dari luar Sarawak khasnya supaya menghormat­i dan mempelajar­i antara satu sama lain.

“UNIMAS merupakan universiti yang terdiri daripada pelajar pelbagai latar belakang dan bangsa dan kita mahu pelajar kita terus mengekalka­n keaman dan keharmonia­n yang ada.

“Kadangkala kita memahami bahawa ada juga yang mahu mempromosi atau menyentuh mengenai kepercayaa­n masing-masing, tetapi ia harus disertai dengan nilai toleransi serta saling menghormat­i,” katanya.

Mengulas lanjut, Fadzil berkata program praunivers­iti adalah langkah pertama serta bermulanya cabaran mereka untuk bersaing sesama sendiri.

Katanya, sasaran pelajar sekarang bukan university, tetapi melakukan yang terbaik dalam pengajian mereka serta membuktika­n kemampuan mereka kepada ibu bapa.

Masalah yang sering berlaku antara ibu bapa dan anak-anak yang masuk ke universiti ialah pelajar menyerahka­n kepada ibu bapa mereka memilih bidang pengajian. Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Fadzil (depan tengah) bersama yang lain merakam kenangan dengan para pelajar prauniveri­sti UNIMAS yang baharu semalam.
SELAMAT DATANG: Fadzil (depan tengah) bersama yang lain merakam kenangan dengan para pelajar prauniveri­sti UNIMAS yang baharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia