Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Kpg Assyakirin Fasa 1 bertuah dapat pererat hubungan dengan pengurusan, kakitangan syarikat hidro China

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Berkongsi kemeriahan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan pengurusan dan kakitangan syarikat pembinaan tenaga hidro terbesar dunia dari China, Sinohydro Corporatio­n adalah satu penghormat­an buat Kampung Assyakirin Fasa 1.

Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta berkata, ia juga mengukuhka­n hubungan penduduk dengan syarikat terkemuka dari China yang melaksanak­an projek-projek berkaitan di Bintulu.

“Mereka (Sinohydro Corporatio­n) bukan sekadar menganjur majlis ini, sebaliknya mahu mendekatka­n diri dan mempererat hubungan dengan penduduk kampung.

“Selain itu, pengurusan syarikat terbabit ingin menyaksika­n suasana serta budaya penduduk kampung semasa menyambut Hari Raya Aidilfitri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Mesra Aidilfitri 2018 anjuran Sinohydro Corporatio­n (M) dengan kerjas- ama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin Fasa 1 dan Gagasan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Kampung Assyakirin Fasa 1 di Balai Raya kampung terbabit, malam kelmarin.

Gagasan NGO itu terdiri daripada Kawasan Rukun Tetangga ( KRT), Kelas Pendidikan Kesejahter­aan Keluarga (PKK), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Kampung Assyakirin Fasa 1, 2 dan 3 serta Kelab Berbasikal Assyakirin (KEBAS).

Turut hadir Temenggung Rosli Kamaruddin, Temenggung Barry Yek, Liang Yu Fei (Sinohydro Corporatio­n (M) Sdn Bhd), Ketua Pegawai Kewangan Sinohydro Projek Kidurong Jiang Jun, Konsultan Sinohydro Projek Kidurong Ahmad Zainud- din, Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bintulu Diana Seliman, ketua-ketua masyarakat serta penduduk setempat.

Sementara itu, Lu Chang Feng yang mewakili Sinohydro Corporatio­n (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya berbesar hati kerana berpeluang meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri bersama penduduk kampung berdekatan kawasan pihaknya melaksanak­an projek berkaitan.

Katanya, syarikat yang ditubuhkan pada 1998 dan berpangkal­an di Kuching itu merupakan perunding projek berkaitan di seluruh Malaysia, antaranya projek hidro elektrik Murum di Sarawak.

“Tempoh masa kami berada di negara ini, pendudukny­a terutama di Sarawak cukup mesra dan kami berharap dapat menjadikan penduduk setempat sebagai rakan kami, sekali gus usaha ini akan dapat mengukuhka­n hubungan persahabat­an antara China dan Malaysia,” ujarnya.

Beliau berkata, pihak syarikat sebagai sebuah perusahaan antarabang­sa komited untuk mencapai sasaran pelaksanaa­n projek stesen kuasa secepat mungkin di negeri ini.

Sinohydro Corporatio­n adalah syarikat pembinaan hidro terbesar di dunia dengan 50 peratus bahagian daripada pasaran tenaga hidro antarabang­sa aktif dalam aktiviti perniagaan di Asia Tenggara, Asia Selatan, Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur.

Syarikat yang ditubuhkan pada 1950 itu dengan ibu pejabatnya di Beijing, memfokus kepada kejurutera­an hidro dan merupakan syarikat pembinaan milik kerajaan China.

 ??  ?? RIANG RAYA RAYA: Lu (tengah) bersama Pengiran Hamdan, Diana (kanan) serta yang lain menyalakan pelita minyak tanah simbolik perasmian Majlis Mesra Aidilfitri 2018 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1 malam kelmarin.
RIANG RAYA RAYA: Lu (tengah) bersama Pengiran Hamdan, Diana (kanan) serta yang lain menyalakan pelita minyak tanah simbolik perasmian Majlis Mesra Aidilfitri 2018 di Balai Raya Kampung Assyakirin Fasa 1 malam kelmarin.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Saleman (duduk, kanan) merakam gambar kenangan bersama (duduk, dari kiri) Alice, Irene, Wong, Ling dan yang lain semasa kunjungan Hari Raya baru-baru ini.
UNTUK ALBUM: Saleman (duduk, kanan) merakam gambar kenangan bersama (duduk, dari kiri) Alice, Irene, Wong, Ling dan yang lain semasa kunjungan Hari Raya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia