Utusan Borneo (Sarawak)

Miri Gospel Chapel anjur kempen derma darah 29 Julai

-

MIRI: Muda- mudi gereja Miri Gospel Chapel di sini akan mengadakan kempen derma darah pada Ahad, 29 Julai depan.

Program berkenaan akan diadakan di premis gereja tersebut bermula jam 2 petang hingga 4.30 petang.

Antara objektif penganjura­n adalah sebagai sokongan dan menyahut seruan Bank Darah Hospital Miri untuk melengkapi bekalan darah di bawah simpananny­a.

Pada masa sama, ia juga bagi menyemai nilai kesedaran dalam kalangan ahli gereja terbabit serta masyarakat setempat bahawa aktiviti menderma darah bukan sahaja amalan mulia, malah membantu menyelamat­kan nyawa mereka yang memerlukan.

Aktiviti tersebut terbuka kepada orang awam khususnya golongan belia dan remaja bagi bersama menyokong sekali gus menjayakan kempen derma darah terbabit.

Mereka yang ingin menderma darah kelak turut diingatkan mematuhi kriteria penderma, antaranya, tidur dan makan secukupnya, tiada masalah kesihatan dan berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun.

Untuk maklumat lanjut berhubung kempen derma darah terbabit, orang awam boleh menghubung­i pihak penganjur di talian 085-652 600. SIBU: Lebih 600 peserta mengikuti Pilley Heritage Run 2018 anjuran Methodist Pilley Institute (MPI) di Dataran Tuanku Haji Bujang, semalam.

Majlis penutup larian kali ketiga yang dianjurkan ini dilakukan Ahli Dewan Undangan Negeri Dudong merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King.

Berucap pada majlis tersebut, Tiong memuji Persatuan Alumni MPI atas inisiatif menganjurk­an larian yang bertujuan bagi mengumpul dana untuk mengisi tabung biasiswa MPI.

Dengandana­yangdikump­ul itu katanya, akan membantu pelajar yang kurang berkemampu­an dalam melanjutka­n pengajian mereka.

“Inisiatif murni ini amat dialu- alukan kerana pendidikan amat penting dalam menentukan masa depan seorang pelajar serta bagi membangunk­an negara ini,” ujarnya.

Hadir sama ialah Pengerusi MPI Hii Ching Chiong, pengetua Hii King Kai serta pensyarah MPI Bobo Wong.

Menurut Tiong, niat baik dalam membantu dan menyumbang kepada masyarakat harus disemai dan dipelihara dalam kalangan generasi hari ini.

Katanya, niat baik dalam membantu orang lain pasti akan mendapat balasan yang baik di kemudian hari.

“Lakukan sedikit kebaikan pada hari ini dalam kita sama-sama membantu mereka yang memerlukan bantuan.

“Dengan sedikit bantuan ini, kita mungkin dapat mengubah dunia ini untuk menjadi lebih baik,” ujar Tiong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia