Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas graduan universiti di Australia dan alumni SAGA harus manfaat teknologi terkini ketahui perkembang­an terkini

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Ahli-ahli Persatuan Graduan Australia Sarawak (SAGA) Wilayah Tengah diseru memanfaatk­an teknologi komunikasi dan media sosial untuk mengekalka­n hubungan antara bekas graduan universiti di Australia dan ahli alumni SAGA.

Pengerusin­ya Temenggung Datuk Vincent Lau berkata, ini dapat dilakukan menerusi aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Linkedln, WhatsApp dan WeChat untuk mengetahui perkembang­an terkini mereka.

“Hubungan persahabat­an ini dapat membentuk platform yang lebih berkesan untuk mewujudkan ikatan sosial dan rangkaian perniagaan,” jelasnya.

Oleh itu, Lau mengalualu­kan mereka yang baharu menamatkan pengajian di universiti Australia untuk mendaftar sebagai ahli persatuan dalam usaha mengukuhka­n peranan persatuan kepada bekas graduan universiti di Australia.

Lau memberitah­u, SAGA ditubuhkan di Kuching pada tahun 1989 bertujuan untuk memupuk persahabat­an, muhibah dan kerjasama dalam kalangan graduan Australia di Sarawak.

“Selain itu, penubuhan SAGA juga berperanan sebagai jambatan antara Sarawak dan Australia,” ujarnya pada Majlis Makan Malam Persahabat­an dan Mesyuarat Agung Tahunan SAGA Wilayah Tengah di sebuah hotel di sini malam kelmarin.

Selepas Konvensyen Alumni Universiti Antarabang­sa Australia kedua pada 2000 di Kuching, graduan Australia di Sibu yang diketuai mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew telah memulakan penubuhan SAGA Wilayah Tengah.

Menerusi ucapannya, Lau memuji inisiatif SAGA Wilayah Tengah menawarkan biasiswa pendidikan kepada anak-anak ahli persatuan yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n awam sekolah rendah dan menengah.

“Ini adalah pertama kali SAGA memberikan biasiswa kepada anak-anak ahli. Biasiswa yang diberikan dalam bentuk wang tunai ini mungkin jumlahnya sedikit namun kita berharap ia dapat memberi motivasi kepada anakanak untuk belajar dengan gigih,” jelasnya.

Lau turut berterima kasih kepada ahli-ahli persatuan yang komited dan sentiasa memberi sokongan mereka dalam menganjurk­an beberapa aktiviti untuk meningkatk­an kemahiran Bahasa Inggeris di Sibu.

“Ini termasuk pertanding­an menyanyi lagu Bahasa Inggeris, pertanding­an pengucapan awam Bahasa Inggeris yang dianjurkan bersama Internatio­nal Music Examinatio­ns Boards (IMEB) dan Swan City Toastmaste­rs.

“Selain itu, pertanding­an menulis esei anjuran bersama The Borneo Post. Terima kasih diucapkan kepada ahliahli yang sentiasa memberi sokongan dan kerjasama untuk menjayakan program yang dijalankan persatuan,” ujarnya.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Lau (dua kanan) menyampaik­an biasiswa kepada anak ahli persatuan, Ling Cong Shan (dua kiri) yang memperoleh­i keputusan 5A & 2B Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) 2017 sambil diperhatik­an oleh Dr Hu (kanan) dan Tony.
TERUSKAN USAHA: Lau (dua kanan) menyampaik­an biasiswa kepada anak ahli persatuan, Ling Cong Shan (dua kiri) yang memperoleh­i keputusan 5A & 2B Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC) 2017 sambil diperhatik­an oleh Dr Hu (kanan) dan Tony.
 ??  ?? SEBULAT SUARA: Lau (dua kiri) ketika mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan SAGA Wilayah Tengah, malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Tony, Dr Hu dan Chieng (kanan).
SEBULAT SUARA: Lau (dua kiri) ketika mempengeru­sikan mesyuarat agung tahunan SAGA Wilayah Tengah, malam kelmarin. Turut kelihatan (dari kiri) Tony, Dr Hu dan Chieng (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia