Utusan Borneo (Sarawak)

PKR akan terus dapatkan keadilan untuk Bill Kayong

-

MIRI: Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetap berjuang menuntut keadilan di atas pembunuhan Bill Kayong dengan membuka semula perbicaraa­n kes di mahkamah.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo menyifatka­n siasatan kes tidak lengkap kerana masih ramai saksi belum dipanggil untuk memberikan keterangan.

“PKR di Kuala Lumpur sebenarnya bekerja keras untuk membuka semula kes ini kerana kes masih belum lengkap,” jelasnya kepada pemberita malam kelmarin.

Teo ditemui selepas upacara menyalakan lilin memperinga­ti kematian Bill Kayong di hadapan klinik beliau bersama ahli keluarga, rakan dan ahli parti.

Allahyarha­m Bill Kayong @ Mohd Hasbie Abdullah merupakan Setiausaha PKR Miri dan calon PKR untuk DUN Bekenu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) ditembak mati pada 21 Jun 2016.

Teo berkata, kelmarin genap dua tahun sehari Allahyarha­m meninggal dunia namun perjuangan­nya menjaga kebajikan dan memelihara hak kaum Dayak akan terus diingati.

“Kita juga melawat pusara dan malam ini kita memperinga­ti Bill.

“Bill akan sentiasa di hati kita. Kita berharap keadilan akan diberikan untuk Bill, “ jelas beliau.

Tentang PRN akan datang, Teo yang juga Pengerusi PKR Miri berkata, sokongan rakyat terhadap parti dan Pakatan Harapan (PH) semakin bertambah.

Beliau memberitah­u, PKR akan memastikan hak tanah rakyat di negeri ini akan terpelihar­a sekiranya PH berjaya merampas kepimpinan negeri dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN akan datang.

“Kita ada tiga tahun lagi untuk pilihan raya negeri.

“Sekarang kita mendapat banyak sokongan khasnya di kalangan orang asli dan setiap hari ramai yang menyertai kita, “jelasnya. MIRI: Seramai 350 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Miri akan terkesan jika bantuan bulanan antara RM200 hingga RM300 kepada nelayan dihentikan.

Pengerusi PNK Miri Musa Bujang ketika dihubungi mengesahka­n turut menerima aduan daripada nelayan Miri kerana tidak menerima bantuan bulanan seperti biasa.

“Kita menerima banyak panggilan daripada nelayan yang mengadu mereka tidak mendapat bantuan bulanan seperti biasa melalui bank baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo semalam.

Musa berkata, jika bantuan bulanan itu dihentikan maka majoriti nelayan akan berasa kecewa dan hampa dengan perkembang­an terbaru itu.

Bantuan kepada nelayan itu telah diberikan sejak 2008 bagi membantu mengurangk­an kos sara hidup mereka.

Bagaimanap­un, jika kerajaan terus bertegas ingin menghentik­an bantuan bu- lanan nelayan maka ia akan menambah beban golongan berkenaan.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi pendirian bercanggah dengan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkaitan bantuan bulanan kerajaan kepada nelayan.

Tun Mahathir berkata, kerajaan berhasrat untuk memansuhka­n bantuan kepada 57,000 nelayan seluruh negara sementara Salahuddin berkata semua bantuan berkaitan bajet diteruskan seperti biasa.

Nelayan yang membuat aduan elaun mereka tidak dimasukkan ke dalam bank menguatkan lagi desas-desus bahawa bantuan kerajaan itu telah dihentikan.

“Kita masih menunggu status sebenar bantuan bulanan ini sama ada ia diteruskan atau tidak, bagaimanap­un kita amat berharap ia diteruskan,” jelasnya.

Kadar bantuan nelayan masing-masing RM300 bagi nelayan Zon A, RM250 nelayan Zon B, RM200 nelayan Zon C dan RM150 bagi nelayan Zon C2.

Selain itu, nelayan turut menerima bantuan lain yang disediakan termasuk minyak subsidi, bantuan bot serta peralatan menangkap ikan.

Sehubungan itu, Musa berharap ahli-ahli PNK Miri bersabar, tidak panik serta menunggu keputusan rasmi kerajaan berkaitan bantuan berkenaan.

 ??  ?? PERJUANGAN DITERUSKAN: Dr Teo (enam kanan) bersama ahli keluarga, rakan dan ahli parti semasa upacara menyalakan lilin memperinga­ti Allahyarha­m Bill Kayong malam kelmarin.
PERJUANGAN DITERUSKAN: Dr Teo (enam kanan) bersama ahli keluarga, rakan dan ahli parti semasa upacara menyalakan lilin memperinga­ti Allahyarha­m Bill Kayong malam kelmarin.
 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia