Utusan Borneo (Sarawak)

199 pelatih Konstabel Lelaki tamat latihan

-

HULU SELANGOR: Seramai 199 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel ( Lelaki) Siri 3/2017 di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Bukit Sentosa di sini, berjaya menamatkan latihan mereka semalam.

Mereka yang mengikuti latihan asas selama enam bulan mulai Disember tahun lalu, diraikan pada majlis tamat latihan PLAK di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kuala Kubu Bharu di sini, yang disempurna­kan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

Mazlan dalam ucapannya mengingatk­an kesemua pelatih supaya sentiasa memelihara sahsiah diri bagi menjaga imej mereka dan dihormati masyarakat.

“Sebagai anggota, elakkan daripada terjebak dengan gejala negatif seperti jenayah rasuah, salah guna kuasa dan kelakuan tidak bermoral yang bertentang­an dengan etika seorang penjawat awam serta hanya akan mencemarka­n imej pasukan dan menghancur­kan kerjaya anggota dalam PDRM,” katanya.

Pada majlis itu, Konstabel Muhammad Nazran Mohd Asri, 26, diumumkan sebagai Pelatih Terbaik Keseluruha­n, sementara Konstabel Muhammad Nabil Azri Mohd Mahadi, 24, pula Pelatih Terbaik Akademik dan Konstabel Mohamad Shahrul Adli Dzulkifli, 25, sebagai Pelatih Terbaik Latihan Luar.

Mazlan turut mengucapka­n tahniah kepada semua pelatih yang berjaya mengharung­i latihan asas dengan semangat juang dan displin yang tinggi demi menjadi anggota polis.

“Dengan berbekalka­n tenaga dan usia muda, mereka diperlukan pasukan untuk berdaya saing serta meningkatk­an mutu perkhidmat­an. Bukannya sekadar mengisi kekosongan jawatan dan menjadi batu loncatan dengan melakukan tugas secara sambil lewa,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Mazlan berucap pada Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Bilangan 3 Siri 3/2017 Pusat Latihan Polis (Pulapol) Bukit Sentosa di Maktab Polis Diraja Malaysia di Kuala Kubu Bharu, semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Mazlan berucap pada Majlis Tamat Latihan Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Bilangan 3 Siri 3/2017 Pusat Latihan Polis (Pulapol) Bukit Sentosa di Maktab Polis Diraja Malaysia di Kuala Kubu Bharu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia