Utusan Borneo (Sarawak)

TLDM tawar program MBA kepada pegawai: PTL

-

KUALA LUMPUR: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini menyediaka­n peluang bagi pengajian Ijazah Sarjana Pentadbira­n Perniagaan (MBA) secara sambilan kepada pegawai TLDM menerusi program khas dengan kerjasama beberapa universiti tempatan.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata program pengajian itu bertujuan menyediaka­n peluang kepada pegawai TLDM meningkatk­an pengetahua­n dan tahap pencapaian akademik untuk dimanfaatk­an semasa berkhidmat atau sete- lah besara.

“Ia juga ke arah menghasilk­an pemimpin yang berfikiran strategik dan inovatif,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata program MBA itu memakan masa 18 bulan dengan kos pengajian yang menarik bagi penuntut.

“Saya amat yakin pegawai TLDM yang menyertai pengajian MBA ini mampu meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan keyakinan diri mereka dalam menghasilk­an prestasi dan kualiti kerja yang tinggi,” katanya.

TLDM menerima tawaran penyediaan pakej pengajian itu daripada beberapa universiti awam dan swasta, dan kini dalam peringkat akhir memilih pakej terbaik untuk ditawarkan kepada pegawai TLDM yang berminat di empat lokasi utama iaitu Kuala Lumpur, Lumut, Kuantan dan Kota Kinabalu.

Program pengajian itu satu inisiatif TLDM yang dikenali sebagai ‘KEEL’ (Knowledge Empowermen­t through Enhancemen­t Learning), selaras dengan maksud perkataan itu iaitu tulang belakang kapal, menandakan bahagian penting kepada sesuatu struktur atau organisasi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia