Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan N. Sembilan beri perhatian serius industri pelanconga­n

-

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memberi perhatian serius kepada industri pelanconga­n kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Aminuddin Harun.

Beliau berkata pelbagai langkah serta pendekatan akan diambil dalam usaha merancakka­n semula industri pelanconga­n di negeri ini.

“Kerajaan negeri meletakkan sektor pelanconga­n satu perkara yang penting dan usaha menarik kedatangan ramai pelancong ke negeri ini akan terus dipergiatk­an. Jika dilihat sejak kebelakang­an ini, sektor pelanconga­n di negeri ini didapati ‘merosot’ dan ini adalah satu kerugian yang tidak harus dibiarkan.

“Oleh itu, usaha akan segera dilakukan untuk memastikan industri pelanconga­n digerakkan dengan lebih aktif dan tersusun. Pelanconga­n di negeri ini bukan hanya tertumpu di pantai peranginan Port Dickson sahaja, tetapi terdapat banyak produk pelanconga­n yang harus diterokai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri 2018 anjuran Persatuan Pelanconga­n Negeri Sembilan (NSTA) di Starfresh Agropark di sini, semalam yang turut dihadiri Pengerusi NSTA Alex Chin Lip Fatt dan Pengerusi Persatuan Ejen-Ejen Pelanconga­n Dan Pengembara­an Malaysia (MATTA) Negeri Sembilan Mohd. Azri Abd. Razak.

Mengulas lanjut, beliau berkata produk pelanconga­n yang terdapat di negeri ini sebenarnya tidak dipromosik­an dengan betul dan baik.

“Masalahnya kita kurang promosi dan teroka produk pelanconga­n yang terdapat di negeri ini yang akhirnya kita rugi, sedangkan kita ber- hampiran Kuala Lumpur. Ini menyebabka­n ramai pelancong yang hanya ‘lalu’ saja dan tidak singgah ke sini. Ini yang harus kita lihat dan bagaimana untuk meningkatk­an kedatangan ramai pelancong ke Negeri Sembilan.

“Kita harus melihat bahawa promosi itu penting... Kalau kita tidak boleh jual produk, kita akan gagal. Inilah yang harus ada dalam diri semua pihak yang terlibat dalam pelanconga­n. Ini perkara yang harus kita tumpukan untuk pastikan bahawa kita akan terus melangkah jauh selepas ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia