Utusan Borneo (Sarawak)

Akta sedia ada tidak mampu melilndung­i ciptaan dan inovasi daripada mangsa ciplak

-

PARIT BUNTAR: Kerajaan hari ini disaran mewujudkan satu badan khas bagi melindungi reka cipta yang dihasilkan oleh rakyat negara ini dicetak rompak.

Menurut seorang pereka cipta, Md Nayan Salleh, 63, akta sedia ada tidak mampu melindungi ciptaan dan inovasi yang dihasilkan golongan sepertinya daripada menjadi mangsa ciplak.

“Akta Paten 1993 masih tidak mampu melindungi pereka cipta apabila reka cipta mereka diciplak oleh mereka yang tidak bertanggun­gjawab, menyebabka­n ramai pereka cipta enggan menghasilk­an reka cipta baharu,” katanya di sini semalam.

Pengarah Urusan Kitaran Potensi Sdn Bhd itu yang telah 22 tahun terlibat dalam bidang reka cipta mendakwa turut menjadi mangsa apabila Produk Sistem Penyaringa­n dan Pengasinga­n Sisa Makanan, Lemak dan Gris (SIMPAK) yang beliau patenkan pada 1 Januari 2009 diciplak sehingga beliau keru- gian kira-kira RM1 juta.

“Kerajaan terutama Kementeria­n Kewangan hendaklah mewajibkan mana-mana syarikat yang mahu memasuki tender wajib menyenarai­kan paten yang didaftarka­n dengan Akta Paten bagi mengelak ciptaan diciplak,” sarannya.

Sehubungan itu, Md Nayan berkata beliau kini menangguhk­an penghasila­n kira-kira lapan inovasi baharu termasuk pri-Aedes (pemusnah riwayat aedes) yang tidak menggunaka­n sebarang bahan kimia sebaliknya hanya gelombang untuk memerangka­p nyamuk.

“Penggunaan racun tidak akan musnahkan nyamuk dan boleh merosakkan alam sekitar,” katanya yang tidak mahu mengeluark­an reka cipta berkenaan kerana bimbang ia diciplak.

Md Nayan mencatat kejayaan apabila menggondol tiga anugerah reka cipta bertaraf antarabang­sa, termasuk satu pingat emas dan dua perak dalam Pertanding­an Reka Cipta Sains Peringkat Antarabang­sa di Geneva, Switzerlan­d pada 1996, 1997 dan 1998 serta menerima anugerah Genius Negara ( 2003), Anugerah Inovasi Negara (2015) dan Anugerah Tokoh Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada 2009. — Bernama

Kerajaan terutama Kementeria­n Kewangan hendaklah mewajibkan manamana syarikat yang mahu memasuki tender wajib menyenarai­kan paten yang didaftarka­n dengan Akta Paten bagi

diciplak. ” mengelak ciptaan Md Nayan Salleh Pereka cipta

 ?? — Gambar Bernama ?? TIBA: Osman (tengah) tiba pada Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) kali ke-23 di Dewan Kenchanapu­ri Pulai Springs Resort, dekat Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama TIBA: Osman (tengah) tiba pada Majlis Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ) kali ke-23 di Dewan Kenchanapu­ri Pulai Springs Resort, dekat Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia