Utusan Borneo (Sarawak)

Tindakan tegas terhadap vesel pukat Apollo ceroboh kawasan

-

PUTRAJAYA: Jabatan Perikanan semalam memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk penggantun­gan dan pembatalan lesen kepada pengusaha vesel pukat Apollo yang didapati melakukan aktiviti menangkap ikan di luar kawasan yang ditetapkan.

Ketua Pengarahny­a Datuk Munir Mohd Nawi berkata pihaknya mengesan pengusaha pukat Apollo atau pukat kenka dari daerah Kerian, Perak menceroboh perairan Pulau Pinang.

“Penceroboh­an vesel menangkap ikan menggunaka­n pukat Apollo di perairan Pulau Pinang adalah dari daerah Kerian, Perak yang sepatutn- ya beroperasi dalam kawasan khas yang telah ditetapkan koordinatn­ya dalam perairan negeri Perak.

“Terdapat lebih kurang 250 pasang vesel pukat kenka yang masih beroperasi. Namun begitu, vesel-vesel tersebut telah menceroboh di perairan negeri Pulau Pinang sehingga ke Zon A malah se- hingga sampai berhampira­n ke sangkar-sangkar ternakan ikan,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Sehubungan itu katanya, jabatan berkenaan melancarka­n Program Gegar Kenka 2 Bot bagi membantera­s penceroboh­an pukat Apollo terbabit.

“Menerusi program ini adalah menjadi harapan agar penceroboh­an bot pukat Apollo dapat dibendung yang mengakibat­kan pendapatan nelayan setempat terjejas,” katanya lagi.

Selain itu, Munir berkata pihaknya juga mengambil pelbagai inisiatif bagi mengekang penceroboh­an vesel pukat Apollo di Pu- lau Pinang termasuk mengadakan rondaan bersama secara berkala.

Jabatan Perikanan juga telah mengeluark­an pekeliling bagi penghapusa­n pukat kenka dua bot secara berperingk­at menerusi langkah-langkah kawalan sehingga tahun 2020, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia