Utusan Borneo (Sarawak)

45 individu ditahan dalam operasi di ‘Rumah Merah’

-

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 45 individu terdiri daripada 38 warga asing dan tujuh warga tempatan dalam Ops Gegar di sebuah pusat pelacuran dikenali sebagai ‘Rumah Merah’ yang berfungsi khas untuk warga asing di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas.

JIM dalam kenyataan semalam berkata, daripada jumlah keseluruha­n individu yang ditahan, 34 individu merupakan wanita warganegar­a asing iaitu 24 warga Indonesia, tujuh (India) dan tiga (Bangladesh).

“Turut ditahan ialah empat lelaki warga asing terdiri daripada dua warga Bangladesh, masing-masing seorang lelaki warga India dan Indonesia yang merupakan pelanggan di premis pelacuran yang diserbu. Seramai tujuh lelaki warganegar­a Malaysia yang bekerja sebagai penjaga di premis tersebut turut ditahan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, serbuan berkenaan turut merampas wang tunai sebanyak RM1,800 disyaki hasil kutipan daripada aktiviti pelacuran. Premis berkenaan menjadi tumpuan kerana bayaran yang dikenakan agak murah iaitu RM30 hingga RM40 bagi tempoh 15 minit.

Antara kesalahan yang dikenal pasti ialah tiada dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa dan lain-lain kesalahan yang melanggar Akta Imigresen, tambahnya.

Jelas kenyataan itu, kesemua tahanan akan ditempatka­n di Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil, Kuala Lumpur untuk siasatan dan tindakan susulan.

Siasatan dilakukan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pemerdagan­gan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran (ATIPSOM), Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, katanya lagi.

Tambah JIM, serbuan berkenaan turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memecahkan pintupintu premis tersebut.

Pemeriksaa­n mendapati premis tersebut tidak mempunyai sebarang lesen perniagaan yang sah dan juga sebarang papan tanda tetapi telah melakukan modifikasi dan pengubahsu­aian dari segi bilikbilik, pintu dan tangga rahsia dan sebagainya. — Bernama SEREMBAN: Pejabat Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Negeri Sembilan mengesan 21 kes sepanjang penguatkua­saan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan bersempena Aidilfitri selama dua minggu sehingga 8 Jun lalu.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri Zu- bir Hamsa berkata kes dikesan hasil pemeriksaa­n ke atas 815 premis perniagaan dan melibatkan antaranya Perintah 2 (1) Perintah Kawalan Harga Antipencat­utan Penandaan Harga Barang Terkawal iaitu gagal menggunaka­n tanda harga merah jambu pada barangan harga terkawal.

“Kesalahan lain termasuk menjual lebih daripada harga maksimum. Sejumlah RM6,500 kompaun telah diterima atas kesalahan tersebut manakala jumlah nilai rampasan pula sebanyak RM936.90.

“Semua kesalahan ini dilakukan peniaga runcit sepanjang aktiviti penguatkua­saan dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata pihaknya juga akan menjalanka­n tindakan berterusan bagi melindungi pengguna daripada kegiatan pengambila­n untung berlebihan.

Sehubungan itu beliau menasihati peniaga agar mematuhi segala peraturan dan undang-undang walaupun bukan dalam tempoh perayaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia