Utusan Borneo (Sarawak)

Projek masa depan beri impak kepada kesejahter­aan rakyat tidak terjejas

-

LABUAN: Semua projek balai bomba yang dalam pembinaan di seluruh negara akan diteruskan seperti dirancang, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat yang baharu dilantik Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata projek pada masa depan yang memberi impak tinggi kepada kesejahter­aan rakyat juga tidak terjejas kerana permintaan khas akan dikemukaka­n kepada kerajaan untuk dipertimba­ngkan.

“Projek (balai bomba) yang sedang dilaksanak­an tidak akan terjejas kerana surat setuju terima telah diterima untuk pelaksanaa­n,” kata beliau pada sidang media di sini sempena lawatan kerja sehari beliau ke Labuan semalam.

Hamdan berkata, pada masa ini, terdapat 30 balai bomba di Sarawak, dengan tujuh sedang dibina sementara Sabah mempunyai 22 balai bomba dengan dua balai bomba sedang dibina sementara sebuah lagi dalam perancanga­n.

“Di Labuan, kita mempunyai tiga balai bomba dengan dua projek sedang dalam pembinaan termasuk pembinaan ibu pejabatnya yang baharu,” kata beliau.

Hamdan berkata untuk meningkatk­an kecekapan dalam usaha menyelamat, jabatan berkenaan memerlukan sejumlah 529 balai bomba selain jumlah balai bomba sedia ada di seluruh

Projek (balai bomba) yang sedang dilaksanak­an tidak akan terjejas kerana surat setuju terima telah diterima untuk pelaksanaa­n. Mohammad Hamdan Wahid Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat

negara untuk mencapai tahap strategik dan masa bertindak yang lebih pantas.

“Untuk itu, kita merancang untuk membina balai bomba di kawasan pedalaman dan perkampung­an air di Sabah, Sarawak dan Labuan,” kata beliau.

Hamdan bagaimanap­un berkata projek yang telah dirancang sebelum ini dan belum dluluskan akan diteliti.

Beliau juga berkata aspek keselamata­n anggota bomba juga akan diberi keutamaan oleh jabatan dan menambah latihan untuk anggota akan dipertingk­atkan kerana mereka sentiasa bersiap siaga bagi sebarang kecemasan.

“Kita telah memperuntu­kkan sejumlah besar dalam lingkungan RM16 hingga RM22 juta bagi latihan kepada kira-kira 14,000 anggota di seluruh negara setiap tahun,“kata beliau. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KAWALAN HORMAT: Hamdan memeriksa barisan anggota bomba sempena lawatan kerja sehari beliau ke Labuan semalam.
— Gambar Bernama KAWALAN HORMAT: Hamdan memeriksa barisan anggota bomba sempena lawatan kerja sehari beliau ke Labuan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia