Utusan Borneo (Sarawak)

Strategi baharu JPJ dalam ops sempena Aidilfitri berkesan

-

TAPAH: Strategi baharu yang dilaksanak­an Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) iaitu Pendidikan, Pencegahan dan Penguatkua­saan dalam operasi sempena Aidilfitri tahun ini memberi impak positif terutama dalam mengurangk­an kemalangan.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid berkata, strategi itu antara lain melibatkan penyamaran dalam bas, risikan di terminal bas dan lokasi serta rondaan bermotosik­al di jalan raya.

Katanya pendekatan itu dianggap berkesan berdasarka­n kepada penurunan pelbagai saman iaitu sebanyak 19 peratus atau 30,820 berbanding 37,913 saman direkodkan dalam tempoh sama operasi tahun lepas.

“Tahun ini kita memperkena­lkan operasi secara penyamaran pegawai JPJ sebagai penumpang dalam bas ekspres dan telah mengeluark­an 139 saman terhadap pemandu daripada 658 bas.

“Kita juga melakukan pemeriksaa­n di semua terminal bas seterusnya mendapati seramai 11 pemandu bas gagal ujian air kencing dan jika didapati bersalah, lesen mereka akan ditarik,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan trafik melalui udara di sekitar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) Tapah arah Utara di sini, semalam.

Menurut Shaharuddi­n, penguatkua­saan rondaan motosikal dalam tempoh dua minggu operasi bermula 8 Jun lepas turut mengeluark­an sebanyak 5,341 saman atas pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu dan cukai jalan kenderaan tamat tempoh.

Katanya, sebanyak 200 motosikal JPJ telah digerakkan bagi melakukan rondaan di kawasan panas kemalangan.

“Ini termasuk juga kita melakukan operasi motosikal khas pada 12 dan 13 Jun yang menyaksika­n 4,400 saman dikeluarka­n daripada 25,304 motosikal yang diperiksa dalam tempoh dua hari itu,” katanya.

Dalam pada itu Shaharuddi­n berkata, sebanyak 35,948 saman Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) telah dikeluarka­n dalam tempoh operasi berlangsun­g sehingga hari ini (semalam).

“Saman tersebut melibatkan dua kesalahan iaitu melebihi had laju sebanyak 33,727 saman dan melanggar arahan lampu isyarat (2,221 saman).

“Kesalahan ini didapati banyak dilakukan di kawasan bandar melibatkan memandu laju dan langgar lampu isyarat,” katanya

Ketika ini terdapat 47 kamera AWAS beroperasi di seluruh negara termasuk 17 daripadany­a yang diletakkan di lebuh raya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia