Utusan Borneo (Sarawak)

Ribut, kebakaran dugaan awal Juhari jadi ADUN

-

LANGKAWI: Beberapa kejadian kebakaran dan kerosakan harta benda ekoran ribut yang berlaku dalam tempoh dua minggu lepas antara dugaan awal dihadapi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat, Juhari Bulat sejak memenangi jawatan itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Insiden-insiden tidak diingini juga telah membolehka­nnya untuk membuat penilaian tentang keberkesan­an gerakan bantuan yang disalurkan melalui jabatan- jabatan kerajaan yang berkaitan.

“Walaupun (penyampaia­n bantuan) agak perlahan tetapi ada perkembang­an yang baik (untuk memperbaik­i sistem penyampaia­n ini),” katanya kepada media semasa majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediamanny­a di Ulu Melaka di sini.

Menurutnya dalam tempoh dua minggu lepas, kira-kira 50 rumah mengalami kerosakan selepas dilanda angin kuat, sementara empat rumah lagi musnah dalam kebakaran yang berlaku dalam kejadian yang berasingan.

“Ini semua dugaan dari Allah dan kami telah menanganin­ya dengan sebaik mungkin menerusi sumbangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Langkawi dan Pejabat ADUN Ayer Hangat,” katanya.

Sementara itu, Juhari menyatakan penghargaa­nnya kepada penduduk setempat di Langkawi yang telah memberikan sambutan hangat kepada rumah terbuka yang diadakanny­a untuk pertama kali sejak menjadi ADUN Ayer Hangat.

“Pada mulanya saya menjangkak­an sekitar 4,000 orang ke majlis ini tetapi seperti yang kita lihat yang hadir hari ini lebih daripada itu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia