Utusan Borneo (Sarawak)

Debat calon presiden UMNO, medan pamer hala tuju parti: Khairy

-

KUALA PILAH: Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yakin kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan melakukan yang terbaik untuk mengotakan janji 100 hari mereka

Katanya sebahagian janji tersebut telah dilaksanak­an sejak PH mengambil alih tampuk pemerintah­an negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada bulan lepas.

“Mengenai manifesto PH, kerajaan akan cuba mengotakan janji 100 peratus dalam tempoh 100 hari, ada yang sempat kita lakukan dalam 100 hari, ada juga yang kita boleh mulakan tetapi belum cukup selesai dalam 100 hari. Namun rakyat berpuas hati atas kesungguha­n itu,” katanya ketika ditemui pada Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Kuala Pilah di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Pilah, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dan Ahli Parlimen Kuala Pilah Eddin Syazlee Shith.

Katanya beliau juga percaya rakyat memahami ada antara janji tersebut memerlukan masa lebih 100 hari untuk dilunaskan apatah lagi dalam keadaan kewangan negara yang agak buruk sekarang.

“Apa-apa pun kita akan cuba menepati janji,” katanya. — Bernama SEREMBAN: Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata ‘Debat Presiden UMNO’ adalah ruang untuk calon mengetenga­hkan idea mereka dalam menentukan hala tuju UMNO, bukan medan menyerang satu sama lain.

Sehubungan itu katanya semua yang terlibat perlu mengambil sikap positif dan memberi peluang kepada anggota parti untuk menilai caloncalon yang bertanding.

“… kalau kita dapat meyakinkan mereka dalam perbincang­an yang bakal diadakan, saya yakin ia akan memberi impak yang positif,” katanya kepada pemberita selepas Persidanga­n Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di sini, semalam.

Majlis itu dirasmikan Ketua UMNO Rembau Datuk Seri Mohamad Hasan dan dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Datuk Dr Awaluddin Said dan ADUN Chembong Datuk Zaiful Bahri Idris.

Mengulas lanjut, Khairy berkata UMNO memerlukan pemimpin yang dapat memberikan imej baharu kepada parti.

Dua lagi calon presiden iaitu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan wakil rakyat Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah dijangka muncul pada program debat tersebut yang dijadualka­n berlangsun­g pada jam 9.30 malam, 29 Jun ini.

Sementara itu, Mohamad berkata sekarang adalah masa untuk UMNO menyusun strategi bagi memulihkan parti dan mencari jalan menguatkan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata sekarang juga bukan masa untuk parti komponen BN menuding jari menyalahka­n satu sama lain berhubung kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bulan lepas, sebaliknya menilai parti masing-masing dan mencari jalan membaiki kelemahan.

Persidanga­n Perwakilan UMNO Rembau menyaksika­n Khairy menang tanpa bertanding sekali gus mengekalka­n jawatan yang disandang manakala Mohamad yang mempertaha­nkan jawatannya dicabar bekas ADUN Chembong Datuk Rais Zainuddin.

Bagi jawatan Ketua Puteri UMNO Rembau, Anggota Jawatankua­sanya Nurulhuda Mohd Nor dipilih menggantik­an Zuliana Mohd Ridzuan yang telah melebihi had umur manakala Siti Arpah Mohd Dom memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Rembau tanpa bertanding.

Jawatan Ketua Pemuda UMNO Rembau menyaksika­n pertanding­an tiga penjuru antara Penolong Setiausaha­nya Suhaimi Aini, Mohd Hanafi Mohd Taib dan Muhamad Khalid Sakimin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia