Utusan Borneo (Sarawak)

Sebahagian matlamat satukan parti, anggota susulan kejutan PRU14

-

KUALA LUMPUR: GERAKAN memutuskan untuk keluar daripada komponen Barisan Nasional (BN) sebagai sebahagian daripada matlamatny­a untuk menyatukan parti dan anggotanya selepas kekecewaan dan kejutan dialaminya pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Dalam kenyataan semalam, Jawatankua­sa Pusat GERAKAN ( GCC) berkata ia mengambil keputusan sebulat suara untuk keluar daripada BN selepas mengadakan perbincang­an, penelitian dan pertimbang­an menyeluruh dan serius terhadap perkembang­an politik semasa negara pasca-PRU14.

“Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini manakala pemilihan parti peringkat cawangan sedang berlangsun­g di seluruh negara.

“Keputusan ini selaras dengan aspirasi, keperluan dan permintaan baharu oleh rakyat pasca-PRU14, kami memutuskan bahawa GERAKAN mesti melakarkan hala tuju baharu untuk kelangsung­an kami dan meneruskan perjuangan kami,” katanya.

Jawatankua­sa itu berkata, GERAKAN keluar daripada BN secara baik dan akan memulakan perjalanan politik baharu dengan kebebasan, pemerkasaa­n dan ketegasan untuk memperjuan­gkan apa yang parti percaya adalah yang terbaik demi negara dan rakyat Malaysia.

Menurut kenyataan itu, GERAKAN akan memainkan peranan sebagai sebuah parti yang bebas dalam blok pem- bangkang untuk menjalanka­n semak dan imbang ke atas kerajaan Pakatan Harapan dan akan menjadi parti pembangkan­g yang konstrukti­f.

“Kami akan bekerjasam­a dengan parti, individu dan kumpulan yang berkongsi fahaman dan perjuangan untuk memartabat­kan dan mempertaha­nkan perlembaga­an persekutua­n, kedaulatan undang- undang dan demokrasi Malaysia, kami komited sepenuhnya untuk memelihara cara hidup rakyat Malaysia seperti mana yang kami tahu dan kebersamaa­n sebagai rakyat Malaysia,” katanya.

Dalam PRU14 pada 9 Mei lepas, GERAKAN kalah di semua 11 kawasan Parlimen dan 31 kawasan Dewan Undangan Negeri yang ditandingi­nya. — Bernama

Sentimen dan maklum balas daripada akar umbi juga diambil kira dalam keputusan ini manakala pemilihan parti peringkat cawangan sedang berlangsun­g di seluruh negara. Jawatankua­sa Pusat GERAKAN

 ?? — Gambar Bernama ?? BERUCAP: Chow Kon Yeow berucap pada Majlis Perasmian Hari Air Sedunia 2018 Peringkat Negeri yang bertemakan Selamatkan Ulu Muda Kedah di Taman Bandaraya Youth Park semalam.
— Gambar Bernama BERUCAP: Chow Kon Yeow berucap pada Majlis Perasmian Hari Air Sedunia 2018 Peringkat Negeri yang bertemakan Selamatkan Ulu Muda Kedah di Taman Bandaraya Youth Park semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? SELAMATKAN AIR: Chow Kon Yeow membawa maskot Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd melalui poster Selamatkan Ulu Muda Kedah semasa hadir di Majlis Perasmian Hari Air Sedunia 2018 Peringkat Negeri yang bertemakan Selamatkan Ulu Muda Kedah di Taman...
— Gambar Bernama SELAMATKAN AIR: Chow Kon Yeow membawa maskot Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd melalui poster Selamatkan Ulu Muda Kedah semasa hadir di Majlis Perasmian Hari Air Sedunia 2018 Peringkat Negeri yang bertemakan Selamatkan Ulu Muda Kedah di Taman...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia