Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n wanita UMNO Kulim-Bandar Baharu kecoh

-

KULIM: Persidanga­n Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu di sini bermula dengan sedikit kekecohan apabila berlaku pertikaian tentang Cawangan Banggol Rashid di bahagian itu dihalang membuat pemilihan pada persidanga­n itu.

Pertikaian itu bermula apabila seorang perwakilan bangun mempersoal­kan faktor cawangan itu dihalang berbuat demikian namun kembali tenang 10 minit kemudian selepas Naib Ketua Wanita UMNO bahagian itu Mariyaton Ibrahim memberikan penjelasan.

“Cawangan tersebut disahkan tidak menjalanka­n mesyuarat dalam tempoh yang ditetapkan dan sebab itu tidak boleh membuat pemilihan walaupun pelbagai alasan diberikan,” katanya ketika menjelaska­n tentang isu itu kepada perwakilan.

Seramai 277 perwakilan hadir ke persidanga­n itu yang menyaksika­n jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu menjadi rebutan antara Ahli Dewan Undangan Neg- eri Bandar Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor dan penyandang­nya Nazira Abd Rahim.

Sementara itu, mesyuarat perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu turut kecoh apabila sebahagian kecil perwakilan tidak dapat mengundi kerana gagal mengemukak­an Surat Tauliah Perwakilan yang perlu didaftarka­n di peringkat UMNO bahagian.

Keadaan kembali aman selepas menyedari ia merupakan kesilapan di pihak mereka sendiri kerana terlepas pandang peraturan itu.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Hulu Terengganu Mohd Johari Abu Bakar yang ralat dan kecewa dengan perkara itu berkata mereka terpaksa hadir sebagai pemerhati sahaja.

“Kegagalan mereka untuk mengundi adalah satu kerugian kerana semua jawatan dalam Pemuda dipertandi­ngkan hari ini (semalam),” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada mesyuarat itu di Dewan Komuniti Kuala Berang di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia