Utusan Borneo (Sarawak)

England taruh kepercayaa­n pada Kane

-

REPINO: Selepas bermula dengan kemenangan buat kali pertama dalam kejohanan besar sejak 12 tahun lalu oleh gol kemenangan Harry Kane ketika menentang Tunisia, England boleh mengalu- alukan pertemuan dengan Panama pada malam ini (jam 8.00 malam Ahad waktu Malaysia) dengan rasa tenang di kejohanan Piala Dunia.

Kane, pemenang dua kali But Emas Liga Perdana Inggeris ( EPL), melenyapka­n sebarang keraguan yang masih ada mengenai keupayaann­ya untuk bermain dengan baik di atas pentas terbesar bagi negaranya dengan gol berganda pertama oleh seorang pemain England di Piala Dunia sejak Gary Lineker pada 1990.

Namun kehebatan Kane di Volgograd menutup kelemahan rakan sepasukan yang gagal melakukan jaringan dengan beberapa peluang mudah pada b a b a k pertama.

R a - h e e m S t e r - l i n g dan Jesse L i n g a r d khususnya bersalah dan manakala Kane memastikan inkues tidak akan diadakan mengenai pembaziran dan prestasi England yang menjemukan pada separuh masa kedua, tempat Sterling kini dalam perlawanan menentang Panama mungkin dalam bahaya. Keributan media pertama dalam kempen yang sebelum ini santai bagi pasukan Three Lions berlaku kelmarin selepas pasukan yang hendak diturunkan oleh Gareth Southgate tanpa sengaja terdedah apabila nota penolong pengurus Steve Holland digambar sewaktu latihan pada Khamis lepas. Menurut nota itu, Marcus R a s h - ford akan menggantik­an Sterling manakala Ruben Loftus-Cheek mengisi tempat Dele Alli, yang mengalami kecederaan paha ketika menentang Tunisia.

Southgate mengkritik media kerana memberikan kelebihan kepada pasukan lawan England.

“Jika kita memberi peluang kepada pasukan lawan untuk tahu mengenai pasukan kita, ia adalah sesuatu yang merugikan bagi kita,” kata Southgate.

“Jadi sudah tentulah media kita perlu memutuskan sama ada mereka mahu membantu pasukan ataupun tidak.”

Tidak seperti musim 23 jaringanny­a pada peringkat kelab untuk juara EPL Manchester City, Sterling kini gagal menjaringk­an gol dalam 21 perlawanan antarabang­sa terakhirny­a.

Bagaimanap­un Rashford menolak dakwaan bahawa England terlalu bergantung kepada Kane untuk menjaringk­an gol.

“Saya rasa itu tidak berlaku dalam kumpulan ini,” kata penyerang Manchester United itu, yang mengakui mengagumi kebolehan Kane untuk berada di tempat yang betul pada masa yang betul.

“Dia meletakkan diri dalam posisi yang amat baik. Jika kami dapat mencarinya, kami akan mencarinya, dan biasanya dia akan menjaringk­an gol.” — AFP

 ??  ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia