Utusan Borneo (Sarawak)

PMNS sasar dua emas muaythai pada SUKMA

-

KUCHING: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) meletakkan sasaran untuk merangkul sekurangku­rangnya dua pingat emas pada pada temasya Sukan Malaysia ( SUKMA) XIX Perak 2018 dari 12 hingga 22 September depan.

Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim berkata, ia sasaran realistik selepas mengambil kira persiapan rapi skuad itu untuk menghadapi temasya yang akan berlangsun­g di Perak.

“PMSN telah membuat perancnaga­n jangka panjang untuk menghadapi SUKMA sejak awal tahun ini di mana kita telah menghantar atlet menjalani latihan pendedahan di Bangkok, Thailand.

“Kita juga akan mengadakan kem latihan di sini pada Ogos depan sebagai persediaan akhir untuk ke Perak di mana kita akan membawa jurulatih dari luar untuk melatih mereka.

“Melihat kepada pencapaian kita pada SUKMA lepas, saya yakin sasaran dua emas kali ini mampu dicapai,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Tegasnya, Sarawak baharu lima tahun berjinak dalam sukan muay dan sukar untuk meletak sasaran terlalu tinggi.

Namun, beliau tidak me- nolak kemungkina­n untuk atlet muay Sarawak lakar kejutan.

Menurutnya, senarai nama 14 petinju bayangan telah diserahkan kepada pihak Majlis Sukan Negeri Sarawak untuk penilaian dan senarai akhir petinju ke Perak dijangka akan diketahui tidak lama lagi.

Jumaat dalam pada itu akui sedikit bimbang dengan venue acara muay yang akan dilangsung­kan di Gerik, Perak.

Ujarnya, lokasi venue tersebut yang jauh dari pusat bandar selain keadaan fasiliti yang tidak diketahui keadaan kualitinya dikhuatiri menjejas mental para petinju negeri.

 ??  ?? CAHILL
CAHILL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia