Utusan Borneo (Sarawak)

Saingan K-League 2018 bakal berubah wajah

-

KUCHING: Saingan bola sepak tempatan berprestij, KLeague (Liga Kuching) 2018 bakal berubah wajah.

Ia selepas Persatuan Bola Sepak Bahagian Kuching (KDFA) akan memperkena­lkan format baharu dalam usaha menjadikan temasya itu bertambah sengit dan menarik.

Menurut Presiden KDFA, Fazzrudin Abdul Rahman untuk edisi kali ini, pihaknya membenarka­n pasukan yang mengambil bahagian mengambil pemain yang mewakili pasukan Sarawak, Piala Presiden, Piala Belia dan Piala FAM.

Bagaimanap­un, setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar dua pemain dari mana-mana empat kumpulan tersebut, bergantung kepada kontrak semasa pemain terbabit bersama kelab masingmasi­ng.

“Perubahan terhadap format ini bertujuan memastikan penganjura­n K-League 2018 sentiasa berkualiti dan menjanjika­n saingan sengit kepada semua pasukan yang bertanding,” jelas ADUN Tupong itu pada sidang media, semalam.

Katanya, pengambila­n pe- main profesiona­l atau ‘special player’ itu bagaimanap­un tidak wajib dan terpulang kepada pasukan yang bertanding.

Menurut Fazzrudin lagi, setiap pasukan juga diwajibkan menyenarai tiga pemain berusia 21 tahun ke bawah (lahir 1997 ke atas) dalam setiap perlawanan.

“Inisiatif ini bagi membolehka­n kita mencari pemain-pemain remaja yang berpotensi untuk mewakili Kuching FA kelak,” tambah beliau.

Menurutnya, KDFA belum menetapkan tarikh sebenar permulaan liga namun cadangan awal adalah pada 4 Ogos akan datang dan dijangka berlangsun­g selama tiga bulan.

Untuk edisi kali ini juga, KDFA mensasarka­n 10 hingga 12 pasukan untuk mengambil bahagian.

Fazzrudin berkata perlawanan akan diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad menggunaka­n Padang C, D dan Stadium Sarawak.

Namun beliau tidak menolak kemungkina­n untuk mengadakan perlawanan pada hari biasa bergantung dengan keperluan dan jika padang mengizinka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia