Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n Cahill mampu ubah rentak permainan

-

KAZAN: Pemain pertahanan Mark Milligan telah

menyokong Tim Cahill untuk tampil bagi Australia jika legenda Socceroos itu diberi peluang untuk bermain dalam perlawanan penting Piala Dunia menentang Peru pada Selasa ini.

“Apa yang berlaku Selasa ini, saya tidak pasti,” kata Milligan di Kazan. “Tetapi apa yang saya tahu ialah jika Timmy diseru, dia pasti lebih daripada bersedia.” Penjaring terbanyak sepanjang zaman Australia, dengan 50 gol dalam 106 penampilan, Cahill berharap untuk menyertai senarai pemain yang menjaringk­an gol dalam empat Piala Dunia berturuttu­rut, mengikuti jejak pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Pele.

Tetapi pemain berusia 38 tahun itu terpaksa menonton perlawanan dari bangku pemain simpanan ketika harapan pasukan Socceroos untuk mara ke peringkat 16 terakhir terjejas teruk disebabkan oleh kekalahan 2-1 kepada Perancis dan keputusan seri 1-1 dengan Denmark.

Anak buah Bert van Marwijk kini mesti menewaskan Peru dan berharap Perancis mengalahka­n Denmark untuk berpeluang mara ke peringkat 16 terakhir – satu pencapaian yang mereka kali terakhir perolehi pada 2006 apabila, di bawah pengurus dari Belanda, Guus Hiddink, Cahill menjaringk­an dua gol dalam kemenangan pembukaan 3-1 ke atas Jepun.

Bekas Socceroo Mark Bosnich menyertai seruan yang semakin meningkat agar Cahill bermain dalam penampilan­nya yang kemungkina­n besar terakhir di Piala Dunia.

“Timmy merupakan per- sonaliti yang amat penting dalam pasukan, dalam media, di merata tempat,” kata Milligan kelmarin.

“Namun keputusan ini bukan untuk kita yang buat. Kami menyokong satu sama lain, kami tahu apa yang dia akan buat jika diberi peluang, tetapi itu bukan bagi kami untuk putuskan.”

Peluang Cahill nampak semakin cerah apabila penyerang Urawa Reds, Andrew Nabbout, disahkan tidak dapat bermain akibat kecederaan bahu ekoran keputusan seri dengan Denmark, dan selepas itu pemain tengah Robbie Kruse menerima ancaman maut daripada penyokong Down Under di atas prestasi yang mengecewak­an.

Namun selepas Daniel Arzani, 19, dimasukkan sebagai pemain gantian untuk menggarisk­an ancaman seran- gannya ketika menentang Denmark, Van Marwijk kini mungkin ada dilema.

Milligan berkata sumbangan Cahill bukan hanya apa yang dia tambah di dalam padang: “Sementara saya pasti, tanpa sebarang keraguan, bahawa dia kecewa kerana belum diberi peluang lagi, jumlah bantuan yang dia berikan kepada pemain adalah luar biasa.”

Bercakap mengenai Arzani, Milligan menambah: “Ia terpulang kepadanya dalam masa beberapa hari akan datang, sama seperti bagi semua kami, untuk menunjukka­n kepada Bert bahawa pertama sekali kami berhak untuk memulakan perlawanan dan kedua kami bersedia untuk memulakan kempen.”

Ditanya mengenai hinaan yang dilemparka­n kepada Kruse dan keluargany­a, dia menambah: “Ia malang sekali. Ada orang yang lupa bahawa ia hanya satu perlawanan sahaja.

“Robbie bermain dengan hebat sejak sekian lama untuk kami dan bukan saya seorang yang berfikir begitu. Orang berhak untuk menyampaik­an pendapat tetapi kita tidak pernah suka melihatnya pergi sejauh itu.” – AFP

 ??  ?? MILLIGAN
MILLIGAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia