Utusan Borneo (Sarawak)

Nor Shamsiah dilantik Gabenor BNM bagi tempoh lima tahun

-

KUALA LUMPUR: Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) baharu bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Julai, 2018 sehingga 30 Jun, 2023.

Ketika mengumumka­nnya kelmarin, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kementeria­n itu telah diarahkan bagi mengumumka­n bahawa Yang di- Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, pada 19 Jun lepas telah memberi perkenan terhadap cadangan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad untuk melantik Nor Shamsiah sebagai Gabenor baharu.

“Perdana Menteri telah mengemukak­an cadangan beliau pada 18 Jun, 2018, kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa Datuk Nor Shamsiah akan dilantik sebgai Gabenor BNM selama tempoh lima tahun berkuat kuasa mulai 1Ju- lai 2018 hingga 30 Jun 2023,” katanya pada sidang media di Putrajaya, kelmarin.

Beliau akan menggantik­an Tan Sri Muhammad Ibrahim, yang meletak jawatan pada awal bulan ini sebelum dapat menamatkan perkhidmat­an lima tahunnya sejurus dilantik pada Mei 2016.

Nor Shamsiah pernah menggalas tugas sebagai Timbalan Gabenor BNM pada 2010 hingga 2016 dan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Bahagian Kewangan dan Pasaran Modal Tabung Kewangan Antarabang­sa (IMF), sebelum ini.

Sebagai Timbalan Gabenor, beliau bertanggun­gjawab ke atas aspek penyeliaan perbankan, insurans dan Takaful, perisikan kewangan dan penguatkua­saan, pengurusan bakat, kewangan dan perkongsia­n perkhidmat­an di BNM.

Nor Shamsiah menyertai bank pusat itu pada 1987 dan telah berkhidmat dalam pelbagai bidang termasuk kawal selia berhemat, peraturan, dasar dan garis panduan bagi sektor kewangan dan pengawasan.

Antara pengalaman beliau termasuk terbabit dalam inisiatif resolusi sektor kewangan ketika krisis kewangan Asia.

Beliau turut berperanan penting dalam formulasi dan pelaksanaa­n Pelan Induk Sektor Kewangan ( 20012010) serta Pelan Induk Sektor Kewangan ( 20112020) yang merangka pembanguna­n sistem kewangan Malaysia.

Nor Shamsiah memegang Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Perakaunan University of South Australia dan merupakan seorang Akauntan Bertauliah (CPA). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia