Utusan Borneo (Sarawak)

Parkir percuma: Melaka jangka kekurangan hasil RM2 juta setahun

-

JASIN: Kerajaan negeri Melaka menjangkak­an kekurangan kutipan hasil kira-kira RM2 juta setahun selepas pelaksanaa­n pengecuali­an bayaran parkir kenderaan di negeri berkenaan pada Sabtu dan Ahad bermula 15 Jun lepas.

Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar Melaka Tey Kok Kiew berkata ia melibatkan 27,880 petak parkir kenderaan di bawah pentadbira­n empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Bagaimanap­un, katanya, kekurangan kutipan tersebut dijangka tidak memberi impak yang besar kepada pendapatan kerajaan negeri sekiranya langkah penjimatan perbelanja­an dilaksanak­an dengan berkesan.

“Inisiatif pengecuali­an bayaran parkir kenderaan di negeri ini pada awalnya dilaksanak­an di kawasan pentadbira­n Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah melibatkan kawasan tumpuan pelanconga­n atau bandar namun ia kemu- dian diperluask­an di tiga lagi kawasan pentadbira­n PBT di negeri ini.

“Ia merupakan satu janji kerajaan negeri di bawah kepimpinan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 lepas bagi meringanka­n beban rakyat selain merupakan tanggungja­wab kerajaan untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas majlis melancarka­n parkir percuma pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum Majlis Perbandara­n Jasin (MPJ), di sini, kelmarin.

Tey berkata tahun lepas kutipan hasil bayaran parkir kenderaan di negeri berkenaan berjumlah RM6.68 juta melibatkan tiga daerah di bawah pengendali­an empat PBT di negeri itu.

Menurutnya, kutipan hasil tertinggi ialah di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah ( MBMB) iaitu sebanyak RM4.2 juta diikuti Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya (RM2 juta), Majlis Perbandara­n Alor Gajah (RM258,945) dan MPJ (RM221,787).

“Jumlah petak parkir kenderaan tertinggi adalah di kawasan MBMB iaitu sebanyak 14,116 petak diikuti MPHTJ (8,497 petak), MPJ (3,055 petak) dan MPAG ( 2,212 petak),” katanya.

Beliau berkata daripada jumlah keseluruha­n 27,880 petak parkir kenderaan di negeri itu, sebanyak 6,021 terletak di kawasan pelanconga­n manakala 21,859 petak di kawasan biasa. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia