Utusan Borneo (Sarawak)

Polisi baharu hasil laut dirangka untuk mendapat kelulusan daripada kabinet

-

KOTA KINABALU: Beberapa polisi baharu berkaitan sumber hasil laut Sabah sedang dirangka untuk dibentangk­an dalam mesyuarat kabinet akan datang.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong berkata Sabah masih mempunyai pasaran yang besar untuk pemasaran hasil laut memandangk­an ramai pelancong khususnya China datang ke negeri ini.

“Pasaran untuk mendapat keuntungan daripada jualan hasil laut ini masih besar di sini dan ia tidak semestinya hanya bergantung kepada aktiviti eksport hasil laut berkenaan.

“Walaupun tidak untung sebanyak hasil daripada eksport, tetapi pengusaha terbabit masih memperoleh­i keuntungan yang baik,” katanya ditemui selepas membuat tinjauan ke atas jualan hasil laut di Pasar Besar Kota Kinabalu pada Jumaat.

Beliau berkata, usaha untuk mengekang aktiviti eksport atau menjual hasil laut seperti ketam laut serta udang galah di bawah 500 gram sangat wajar.

Selain itu katanya, polisi yang sama juga dicadangka­n terhadap penjualan ketam bakau yang bersaiz kecil turut tidak dibenarkan.

“Sumber hasil sedemikian harus dibenarkan untuk membesar sebelum ditangkap bagi mengelakka­n kekurangan sumber itu pada masa hadapan.

“Selain itu, kerajaan juga akan memastikan nelayan tempatan yang mempunyai permit menangkap ikan tetapi menyewakan kepada nelayan Vietnam ditangkap sekali gus membatalka­n lesen itu,” katanya.

Dalam pada itu, Junz juga mengumumka­n pekebun kecil khususnya komoditi getah di seluruh Sabah wajar mendapatka­n subsidi harga RM0.38 sen untuk setiap kilogram berdasarka­n gred.

Katanya, pembeli berlesen mesti membeli hasil getah termasuk subsidi harga dan hendaklah dibayar sertamerta kepada pekebun kecil itu.

 ??  ?? HASIL LAUT: Junz (tengah) ketika melakukan tinjauan di Pasar Besar Kota Kinabalu pada Jumaat.
HASIL LAUT: Junz (tengah) ketika melakukan tinjauan di Pasar Besar Kota Kinabalu pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia