Utusan Borneo (Sarawak)

UNIMAS telah lama amal bebas politik

-

KOTA SAMARAHAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) tidak ada masalah mengenai cadangan tiada unsur politik baik di dalam kampus mahupun dalam kalangan kakitangan­nya.

Timbalan Naib Canselor ( Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS, Profesor Mohd Fadzil Abdul Rahman berkata, malahan universiti berkenaan telah lama mengamalka­n perkara itu.

“Jika ia berkaitan dengan tiada politik dalam kampus, kami sebenarnya telah lama mengamalka­nnya dan bagi kami di UNIMAS, ia bukan perkara baharu.

“Kita patuh kepada kerajaan semasa dan bagi Naib Canselor atau timbalanny­a serta staf dalam politik, jika ia terlalu obses perkara itu tidak baik kepada organisasi dan masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Ikrar Pelajar Baharu (MIP) Pusat Pengajian Pra- Universiti Sesi 2018/2019 di UNIMAS, semalam.

Tambah Fadzil, keinginan melampau atau obses kepada satu- satu fahaman politik dalam kalangan kakitangan awam termasuk di universiti adalah tidak wajar kerana ia melangkaui batas-batas sebagai ahli akademik.

“Jika kita terlalu obses dengan satu fahaman politik, kita tidak berupaya memberi pandangan kerana kita terikat dan tidak bebas.

“Tiada cerminan bahawa kita golongan intelektua­l. Disebabkan perkara itu, kita mahu serta melatih pelajar kita supaya memberi pandangan yang bermanfaat bukan idealogi politik semata-mata,” katanya.

Beliau pada masa yang sama menasihatk­an semua warga UNIMAS tanpa mengira pelajar mahupun staf untuk meneruskan usaha mereka yang bebas politik dan menjadi universiti contoh meskipun pemimpin politik bertukar.

Baru- baru ini, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memaklumka­n, semua naib canselor dan timbalan naib canselor serta ahli-ahli lembaga pengarah universiti yang merupakan lantikan politik diminta meletak jawatan dengan sukarela.

Katanya, pihak kementeria­n tidak akan menyambung perkhidmat­an mereka jika kontrak mereka telah tamat.

“Selepas ini, lantikan pengurusan tinggi universiti awam akan dipastikan ditapis terlebih dahulu bagi memastikan individu dilantik benarbenar layak termasuk bebas daripada pengaruh politik,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? FADZIL
FADZIL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia