Utusan Borneo (Sarawak)

PENUNGGANG MOTOSIKAL MAUT DILANGGAR LORI

-

KUCHING: Seorang penunggang motosikal maut akibat dilanggar sebuah lori di Batu 7 Jalan Bau-Kuching di sini, awal pagi semalam.

Menurut sumber, mangsa Collin Sijun, 48, yang merupakan seorang pengawal keselamata­n berasal dari Kampung Peninjau Baru, Bau, dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya sekitar jam 7.20 pagi.

Difahamkan, setiba di lokasi kejadian, mangsa yang berada di bahagian kiri lori berkenaan dipercayai tidak disedari pemandunya sehingga menyebabka­n dia dilanggar.

“Kedua-dua kenderaan bergerak dari arah yang sama iaitu dari Bau ke Kuching.

“Ketika kejadian, mangsa mungkin berada di ‘titik buta’ pemandu lori terbabit, memandangk­an keadaan jalan raya tersebut juga berselekoh,” kata sumber.

Bagaimanap­un, punca sebenar kemalangan tersebut masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah di kepala dan pinggulnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Akibat kemalangan tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya telah dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.

“Pemandu lori yang berusia 36 tahun dan berasal dari Kampung Sampun Baru, Asajaya juga ditahan di lokap polis untuk ditahan reman bagi membantu siasatan,” kata Alexson.

 ??  ?? SIASAT: Kelihatan seorang pegawai polis sedang menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.
SIASAT: Kelihatan seorang pegawai polis sedang menjalanka­n siasatan di tempat kejadian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia