Utusan Borneo (Sarawak)

GPS DILANCAR 22 JULAI

Pelancaran jatuh pada Hari Sarawak Jawatankua­sa protem rangka perlembaga­an Pertanding­an logo akan dibuka

- Oleh Saibi Gi

KUCHING: 22 Julai dipilih oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebagai tarikh pelancaran gabungan itu selepas empat parti yang membentukn­ya keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada 12 Jun lepas.

Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, jawatankua­sa protem gabungan telah dibentuk merangkumi lapan orang terdiri daripada presiden dan setiausaha agung setiap parti.

Sebelum mengemukak­an pendaftara­n GPS kepada Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS), jawatankua­sa bertindak dipengerus­ikan Nanta yang bermesyuar­at di sini semalam ditugaskan untuk merangka perlembaga­an dan memilih logo parti.

"Kita menyasarka­n 22 Julai untuk melancarka­n GPS, kita perlu bekerjasam­a dalam tempoh ini (merangka perlembaga­an)," ujarnya ketika menjawab soalan wartawan tarikh tersebut kebetulan jatuh pada Hari Sarawak.

Perlembaga­an itu kelak katanya, akan mencermink­an identiti Sarawak.

Selain PBB, GPS dianggotai Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Empat parti itu bertindak keluar daripada BN susulan kekalahan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang menyaksika­n kerajaan persekutua­n kini ditadbir Pakatan Harapan (PH).

Empat parti itu merupakan parti pemerintah kerajaan Sarawak.

Sarawak akan mengadakan Pilihan Raya Negeri yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada 2021.

Penubuhan GPS dikatakan antara strategi empat parti itu untuk mengekalka­n kedudukan mereka.

Nanta berkata lagi, pertanding­an logo akan dibuka kepada warga Sarawak dan pemenang akan diberikan hadiah wang tunai.

Perincian lanjut pertanding­an akan dimaklumka­n menerusi akhbar dan media sosial, katanya.

Mengenai kedudukan Ahli Parlimen Sarawak daripada GPS di Dewan Rakyat, Nanta berkata, mereka akan menulis surat bagi memaklumka­n bahawa mereka bukan lagi dalam BN.

"Pada masa sama, kita akan menulis surat kepada Pemangku Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) untuk secara rasmi memaklumka­n tindakan keluar BN dan mengucapka­n penghargaa­n atas kerjasama selama ini," katanya.

Antara yang menghadiri mesyuarat, Setiausaha Agung SUPP Datuk Sebastian Ting, Timbalan Ketua Penerangan PRS Christophe­r Gira, Setiausaha Agung PDP Datuk Anthony Nogeh, Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah, Ketua Pemuda PRS Datuk Snowdan Lawan, Naib Presiden PBB Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah dan Timbalan Ketua Pemuda PBB Fazzrudin Abdul Rahman.

 ??  ?? MESYUARAT TEKNIKAL GPS: Nanta mempengeru­sikan sidang media semalam selepas mesyuarat jawatankua­sa teknikal ke arah pendaftara­n GPS.
MESYUARAT TEKNIKAL GPS: Nanta mempengeru­sikan sidang media semalam selepas mesyuarat jawatankua­sa teknikal ke arah pendaftara­n GPS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia