Utusan Borneo (Sarawak)

Ada permohonan daripada parti lain untuk sertai GPS: KM

Gabungan tidak akan dianggotai empat parti sahaja, namun keputusan permohonan parti-parti lain belum dibuat

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak akan dianggotai empat parti sahaja, tetapi terbuka kepada parti-parti lain.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, terdapat permohonan daripada parti lain untuk menyertai GPS setakat ini, namun keputusan belum dibuat.

Beliau juga tidak mendedahka­n nama-nama parti tersebut, sebaliknya berkata perkembang­an mengenai perkara itu akan dimaklumka­n dari semasa ke semasa.

“Ada (permohonan parti lain menyertai GPS)... tapi tunggu kita tubuh dulu,” katanya sambil menambah pelancaran penubuhan GPS akan diadakan pada 22 Julai depan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Pusat Konvensyen Penview (PCC), Demak Laut di sini semalam.

GPS kini dianggotai empat parti iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Empat parti ini yang merupakan pemerintah kerajaan Sarawak bertindak keluar daripada Barisan Nasional (BN) susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Ditanya mengenai hala tuju GPS, Abang Johari yang juga

Ada (permohonan parti lain menyertai GPS)... tapi tunggu kita tubuh dulu. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

Presiden PBB menjawab, “Biar kami tubuh dulu, kerana masih banyak perkara yang perlu dilakukan seperti menubuhkan jawatankua­sa teknikal, merangka perlembaga­an dan logo serta banyak lagi.”

Beliau turut menempelak dakwaan bahawa GPS adalah seperti Barisan Nasional (BN), dengan menegaskan bahawa GPS adalah baharu.

Sementara itu, Abang Johari juga enggan mengulas mengenai cadangan pemangku Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk menubuhkan gabungan baharu serupa BN.

Ia susulan perpecahan yang terjadi dalam BN selepas kalah pada PRU14.

“Saya tidak dapat komen sebab saya tidak tahu mengenai perkara ini... kalau tahu, mungkin saya boleh komen kerana kalau tidak, nanti saya salah komen.

“Saya tidak tahu apa yang dimaksudka­n itu, yang saya tahu Sarawak kini dikendalik­an oleh parti kita sendiri, kita ada blok sendiri,” katanya.

 ??  ?? RAIKAN AIDILFITRI: Abang Johari (tiga kiri) bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri), Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (dua kiri) serta yang lain merakamkan gambar dengan Karim (tengah) sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Karim di PCC, Demak Laut semalam.
RAIKAN AIDILFITRI: Abang Johari (tiga kiri) bersama Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Presiden SUPP, Datuk Dr Sim Kui Hian (kiri), Speaker DUN Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar (dua kiri) serta yang lain merakamkan gambar dengan Karim (tengah) sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Abdul Karim di PCC, Demak Laut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia