Utusan Borneo (Sarawak)

Pemimpin Melayu dan Bumiputera lain diseru sokong usaha kerajaan perjuang hak Sarawak

-

KUCHING: Pemimpin Melayu dan kaum Bumiputera lain di negeri ini diharap menyokong penuh usaha kerajaan Sarawak pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memperjuan­gkan hak-hak rakyat dan negeri yang telah terhakis.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana, Datuk Mohd Naroden Majais berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14), kerajaan persekutua­n telah bertukar selepas kekalahan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanap­un bagi negeri Sarawak, meskipun BN telah kalah namun kerajaan sedia ada pimpinan Abang Johari masih lagi kerajaan yang memerintah sebagai negeri pembangkan­g dalam persekutua­n Malaysia, katanya.

“Sebab itulah komponen parti BN dari Sarawak keluar daripada BN dan membentuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membolehka­n kita terus memperjuan­gkan hak-hak Sarawak yang telah lama terhakis.

“Kalau kita tidak bersatu dan tidak menyokong usaha pemimpin kita, kita mungkin lemah dan tidak berjaya dalam perjuangan ini,” katanya.

Naroden yang juga Mentyeri Muda E-Dagang berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Penyampaia­n Hadiah Galakan Pelajar anjuran Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS) di Dewan Sri Bunga Rampai di Jalan Taman Budaya di sini, semalam.

Tambah Naroden, salah satu hak yang diperjuang­kan oleh kerajaan Sarawak pada masa ini ialah kawal selia ke atas sumber minyak dan gas di negeri ini mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Justeru, beliau berharap semua rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum dan latar belakang politik memperjuan­gkan hak-hak negeri demi kemajuan dan kepentinga­n bersama.

Mengulas mengenai persatuan tersebut, Naroden berkata ia merupakan antara persatuan yang tertua di negara sejak tahun 1939 dan telah banyak membantu ahlinya terutama dari segi pendidikan.

Beliau berharap persatuan ini akan meneruskan usah- anya dalam meningkatk­an lagi tahap pendidikan terutama dalam kalangan anak-anak Melayu Sarawak.

Pada majlis itu, Naroden menyampaik­an peruntukan sebanyak RM10,000 kepada persatuan untuk membiayai aktiviti-aktivitiny­a.

Naroden turut menyampaik­an hadiah galakan kepada 18 anak PKMS yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR), Penilaian Tahap Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) bagi 2017.

 ??  ?? TERUSKAN USAHA: Naroden (berdiri, empat kanan) merakamkan gambar bersama penerima insentif pelajar cemerlang anak-anak PKMS. Turut kelihatan Timbalan Yang Dipertua PKMS Dr Wan Ali Madhli (berdiri, tiga kanan).
TERUSKAN USAHA: Naroden (berdiri, empat kanan) merakamkan gambar bersama penerima insentif pelajar cemerlang anak-anak PKMS. Turut kelihatan Timbalan Yang Dipertua PKMS Dr Wan Ali Madhli (berdiri, tiga kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia