Utusan Borneo (Sarawak)

Lydia, Pau dan Eugenia johan Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Farley Sibu 2018

-

SIBU: Lydia Siew diumumkan johan Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Farley Sibu 2018 bagi kategori Kumpulan A (Tahun 4-6) yang berlangsun­g di Pasar Raya Farley, Jalan Salim, semalam.

Tempat kedua dimenangi oleh Alexander Loo, manakala Evo Ling mendapat tempat ketiga.

Jeslin Wong, Audrey Kong, Joycean Wong, Hii Wei Shan, Connie Ling, Billy Ngu, Emilia Kong, Jessica Mok, Elvis Yong dan Bruno Kong masing-masing diumumkan sebagai pemenang hadiah sagu hati.

Bagi Kumpulan B (Tahun 1-3), Pau Si Jin muncul johan, sementara Emilia Tie dan Joan Loh masing-masing naib johan dan pemenang tempat ketiga.

Sekadar berpuas hati memenangi hadiah sagu hati bagi kategori tersebut ialah Eunice Yu, Jordan Wong, Hii Ke Jie, Elva Wong, Elroi Yong, Evangeline Tie, Jotham Ling, Lynnette Loo, Alvin Tang dan Veronica Tang.

Eugenia Tie pula muncul johan bagi Kumpulan C ( Tadika), diikuti Jaminie Ling dan Angel Lau yang masing-masing memenangi tempat kedua dan ketiga.

Sepuluh pemenang sagu hati bagi kategori tersebut ialah Elson Yii, Emelia Tang, Hii Wei Yang, Grayson Wong, Ethan Yong, Chester Yong, Brandon Wong, Jeannetie Loo, Amy Yeo dan Edric Yong.

Hadiah- hadiah disampaika­n oleh Pengurus Besar Kumpulan Syarikat Farley Eijing Lau, Pengurus Saluran Pembanguna­n Dumex CK Ellie Tan dan Pengurus Unit Perniagaan Alliance Sdn Bhd Robert Yeo.

Peraduan tahunan ini adalah anjuran Pasar Raya Farley, manakala Dugro adalah penaja utamanya.

Pada edisi kali ini, ia berjaya menarik kira-kira 1,000 peserta.

 ??  ?? TAHNIAH: Eijing (dua kiri) dan Ellie (dua kanan) ketika bersama pemenang Kumpulan C.
TAHNIAH: Eijing (dua kiri) dan Ellie (dua kanan) ketika bersama pemenang Kumpulan C.
 ??  ?? KREATIF: Eijing (berdiri, empat kiri), Ellie (berdiri, enam kanan), Robert serta para wakil penaja (berdiri, tiga kiri) ketika bersama pemenang Kumpulan A.
KREATIF: Eijing (berdiri, empat kiri), Ellie (berdiri, enam kanan), Robert serta para wakil penaja (berdiri, tiga kiri) ketika bersama pemenang Kumpulan A.
 ??  ?? TERBAIK: Eijing (dua kiri) dan Robert (dua kanan) ketika bersama pemenang Kumpulan B.
TERBAIK: Eijing (dua kiri) dan Robert (dua kanan) ketika bersama pemenang Kumpulan B.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia