Utusan Borneo (Sarawak)

Ilmu buat patung harimau dalam sel jadi sumber pendapatan

-

BAGAN DATUK: Ilmu membuat patung harimau yang diperoleh selama tiga tahun menjadi penghuni tirai besi di Thailand kini menjadi sumber pendapatan sampingan untuk menyara keluarga.

Bekas banduan yang hanya ingin dikenali sebagai Jeem, 49, yang meringkuk kerana kesalahan rasuah 13 tahun lalu memanfaatk­an ilmu serta pengetahua­n tersebut sehingga membolehka­nnya meraih pendapatan lebih RM5,000 sebulan terutama ketika musim buah.

Peniaga jalanan ini yang mempamerka­n patung harimau itu di atas bumbung keretanya, berkata patung harimau seberat dua kilogram yang dihasilkan­nya itu boleh digunakan untuk menghalau haiwan liar di kebun terutama kera, lotong dan monyet.

“Saya sedar status sebagai bekas banduan susah hendak mendapat pekerjaan, maka sebaik tamat menjalani hukuman pada 2005, saya buat dan jual patung harimau ini sebagai mata pencarian untuk menanggung keluarga.

“Setakat ini ada sahaja permintaan dan purata saya mampu jual antara 20 hingga 30 patung harimau sebulan yang rata-ratanya dibeli oleh pemilik kebun kelapa, dusun buah-buahan dan ada juga membelinya untuk tujuan perhiasan,” katanya ketika ditemui Bernama berniaga di tepi jalan Hutan MelintangB­agan Datuk di sini, barubaru ini.

Menurut anak jati Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, Selangor itu patung harimau yang dihasilkan­nya dijual pada harga antara RM150 hingga RM200 bergantung kepada beberapa kelebihan masing-masing.

“Ada patung yang dipasang dengan sensor elektronik dan bateri, bagi membolehka­nnya mengeluark­an bunyi harimau mengaum apabila mendengar suara kera atau monyet untuk menakutkan haiwan tersebut sehingga lari,” katanya yang menjual lebih 300 patung pada musim buah tahun lepas.

Jeem berkata dia mampu menghasilk­an purata 13 patung dalam masa 8 jam dengan menggunaka­n bahan seperti polisterin, span dan karpet berbelang corak harimau.

Ayah kepada 10 anak itu berkata dia memilih untuk menjual patung ciptaannya yang diletakkan di atas bumbung kereta di tepi jalan berdekatan hutan dan dusun kerana berasakan ia mampu menarik perhatian orang ramai.

“Lokasi saya tidak tetap dan biasanya saya ikut gerak hati hinggakan hampir satu Semenanjun­g telah saya pergi berniaga. Sebenarnya buat patung ini ‘syok-syok’ sahaja kerana saya ada pendapatan tetap lain,” katanya.

Sementara itu, seorang pelanggan yang membeli patung itu untuk tujuan perhiasan, L. Mahafri, 26, berkata beliau tertarik dengan patung berkenaan kerana saiz dan rupanya hampir sama dengan haiwan sebenar.

“Saya tak sangka mata patung harimau ini boleh menyala dan ia boleh mengaum,” katanya yang ditemani abangnya L. Venkateswa­rarao, 30. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TARIK PERHATIAN: Jeem menjual patung harimau bagi menghalau haiwan liar di kebun terutama kera, lotong dan monyet sebagai mata pencarian ketika ditemui berniaga di tepi Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk.
— Gambar Bernama TARIK PERHATIAN: Jeem menjual patung harimau bagi menghalau haiwan liar di kebun terutama kera, lotong dan monyet sebagai mata pencarian ketika ditemui berniaga di tepi Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk.
 ?? — Gambar Bernama ?? INISIATIF: Antara patung harimau yang djual Jeem sebagai inisiatif menghalau haiwan liar di kebun terutama kera, lotong dan monyet ketika ditemui berniaga di tepi Jalan Hutan MelintangB­agan Datuk.
— Gambar Bernama INISIATIF: Antara patung harimau yang djual Jeem sebagai inisiatif menghalau haiwan liar di kebun terutama kera, lotong dan monyet ketika ditemui berniaga di tepi Jalan Hutan MelintangB­agan Datuk.
 ?? — Gambar Bernama ?? TURUT MEMINATI: L. Mahafri (kanan) turut meminati patung harimau yang dilengkapi matanya boleh bernyala dan boleh mengaum sebagai perhiasan ketika membelinya di tepi Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk.
— Gambar Bernama TURUT MEMINATI: L. Mahafri (kanan) turut meminati patung harimau yang dilengkapi matanya boleh bernyala dan boleh mengaum sebagai perhiasan ketika membelinya di tepi Jalan Hutan Melintang-Bagan Datuk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia