Utusan Borneo (Sarawak)

Kontrak hadapan MSM dijangka dalam jajaran kecil minggu ini

-

KUALA LUMPUR: Kontrak hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka menyaksika­n dagangan dalam jajaran kecil minggu ini berikutan ketidakten­tuan geopolitik, kata seorang peniaga.

Peniaga Kanan Interband Group of Companies, Jim Teh berkata berkata pasaran akan mengalami perubahan yang bercampur- campur yang menyaksika­n MSM didagangka­n pada harga antara RM2,250 dan RM2,300 satu tan, minggu ini.

“Perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China jelas memberi kesan yang boleh dirasai di serata dunia apabila semua pasaran, termasuk ekuiti dan komoditi terjejas,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir ini, pasaran didagangka­n lebih rendah terutamany­a akibat prestasi eksport yang lemah.

Mengikut jurunilai kargo, Societe Generale de Surveillan­ce, eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 hingga 20 Jun lepas jatuh 10 peratus kepada 670,442 tan metrik berbanding penghantar­an 745,309 tan pada 1 hingga 20 Mei.

Pada asas Khamis hingga Jumaat, kontrak Julai 2018 turun RM52 kepada RM2,285 satu tan, Ogos 2018 merosot RM51 kepada RM2,285, September 2018 berkuranga­n RM56 kepada RM2,282 satu tan manakala Oktober 2018 susut RM50 kepada RM2,286 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan meningkat kepada 307,184 lot daripada 161,127 lot, minggu sebelumnya manakala kepentinga­n terbuka bertambah kepada 291,856 kontrak daripada 271,144 kontrak sebelum ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia