Utusan Borneo (Sarawak)

Tapak Pelupusan Sampah Tenom dipindahka­n ke Sapong, bukan Sook

-

TENOM: Tapak Pelupusan Sampah Daerah Tenom yang terletak di Kampung Cinta Mata Bukit ditutup bermula 1 Julai depan untuk dipindahka­n ke tapak baharu yang terletak di Ladang Sime Darby Sapong dan bukan di Biah Sook, Keningau seperti yang pernah diuar- uarkan.

Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony pada Jumaat diwakili Setiausaha Politik Jack Jatil melawat tapak baharu bersama Ahli Parlimen Tenom Noorita Sual, wakil rakyat Kemabong Jamawi Jaafar dan para pegawai jabatan berkaitan.

“Kita mahu memastikan pemindahan tapak pelupusan sampah dilaksanak­an mengikut tempoh yang diberikan,” kata Jack.

Pemindahan tapak berk- enaan diusahakan oleh Pegawai Daerah Madiyem Layapan berikutan lawatan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan George Hiew ke Majlis Daerah Tenom (MDT) dan mengarahka­n penutupan tapak pelupusan sampah di Kampung Cinta Mata Bukit.

Turut serta dalam lawatan tapak baharu ialah Pegawai Eksekutif MDT Jaiping Minsu, Penolong Pegawai Daerah Martinus Lunggeh, pegawai kesihatan dan Pengurus Ladang Sime Darby Sapong.

Sebelum itu, susulan dari arahan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Jamawi mengadakan perbincang­an dan tinjauan bersama Madiyem dan pegawai beberapa jabatan seperti bomba, alam sekitar, kesihatan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MDT ke tapak pelupusan sampah di Cinta Mata Bukit.

Jamawi kemudian memuat naik ke Facebook pada 19 Jun menyatakan semua pembuangan sampah dan sisa pepejal akan dihantar ke Pusat Pelupusan Sampah Bersepadu Sook, Keningau.

Memberi reaksi terhadap perkembang­an itu, Pegawai Daerah Nabawan Fredian Gan yang sebelum ini merupakan Penolong Pegawai Daerah Tenom dan kemudian Kemabong menyatakan pemindahan pelupusan sampah dalam daerah yang sama dapat menjimatka­n kos.

“Jika daerah yang jauh seperti Tenom dan Nabawan memusatkan pelupusan sampah di Sook akan melibatkan peningkata­n kos operasi majlis daerah masing-masing,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia