Utusan Borneo (Sarawak)

Southgate dakwa ‘tidak begitu suka dengan prestasi pasukan’

-

REPINO, Rusia: Kelayakan ke pusingan ke- 16 sudah disahkan dengan berbaki satu perlawanan, Harry Kane bersaing untuk anugerah Kasut Emas dan satu rekod kemenangan Piala Dunia selepas membelasah Panama 6- 1 – permulaan yang tidak dapat dijangkaka­n lebih bagus lagi untuk England di Rusia.

Malah walaupun berdepan pendatang baharu kejohanan dan pasukan kurang kuat seperti Tunisia sebelum ini, rekod England setakat ini berbeza dengan empat tahun yang lalu apabila mereka sudah tersingkir dari saing a n selepas dua perlawa

nan. Keputusan jurulatih England, Gareth Southgate membawa skuad muda di Rusia membuahkan hasil setakat ini dengan pasukannya kelihatan bertenaga dan tidak gentar dengan kegagalan seperti yang sering dialami pasukan itu dalam tempoh 52 tahun selepas kali terakhir memenangi kejuaraan di Piala Dunia 1966. Apa yang paling penting, dengan Kane, mereka mempunyai penyerang yang digeruni. Pada dua penampilan di Piala Dunia, Kane sekarang sudah menjaringk­an banyak gol di Piala Dunia seperti Lionel Messi setelah menjaringk­an dua gol ketika menewaskan Tunisia dan hatrik pertama di Piala Dunia oleh pemain England sejak Gary Lineker melakukann­ya pada 1986. Southgate, yang pernah beraksi 57 kali bersama England, mendapat banyak pujian kerana mewujudkan persekitar­an lebih tenang dan terbuka di antara pemain, media dan peminat. Beliau malah membangkit­kan perhatian media sehari sebelum perlawanan menentang Panama – selepas wartawan membocor senarai pemain kesebelasa­n utama beliau dengan berkata media seharusnya tidak menjadi budak sorak. Southgate dan kakitangan­nya juga selayaknya mendapat penghargaa­n di atas beberapa latihan tendangan percuma/sudut yang sudah menghasilk­an empat gol.

Kane sudah menunjukka­n bahawa pasukan England sekurang-kurangnya boleh mengharapk­annya mengambil tendangan penalti sekiranya penentuan sepakan penalti berlaku selepas menjaringk­an dua tendangan penalti dengan tenang.

“Kami hanya menikmatin­ya,” kata Kane. “Kami bekerja-keras dengan latihan tendangan percuma dan juga cara kami bermain. Ia sememangny­a hebat untuk meneruskan kemaraan (ke pusingan kedua).”

Ujian lebih sukar bagaimanap­un menanti, bermula dengan perlawanan menentang Belgium – yang juga menjaringk­an lapan gol dari dua perlawanan menentang Panama dan Tunisia – Khamis ini.

Southgate malah mendakwa beliau “tidak begitu suka dengan prestasi pasukan” kerana permulaan hambar dan juga bolos gol lewat menyebabka­n England berkongsi perbezaan gol dengan Belgium di tangga teratas Kumpulan G.

Keputusan seri di antara kedua-dua pasukan Khamis ini bermakna kedudukan tangga teratas akan ditentukan menerusi rekod disiplin (kad), dengan Belgium sudah menerima dua kad kuning dan England hanya dua kad kuning.

Kedua-dua pasukan mungkin tidak mahu menamatkan saingan di tangga teratas dengan juara kumpulan mungkin bertemu dengan lawan lebih sukar di pusingan kedua, kemungkina­n Brazil, Jerman dan Perancis. — AFP

 ??  ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia