Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan bom tangan di Ethiopia ragut satu lagi nyawa

-

ADDIS ABABA: Seorang mangsa kedua telah meninggal dunia selepas satu serangan maut bom tangan di ibu negara Ethiopia pada Sabtu lepas yang mencederak­an lebih daripada 150 orang dalam rali yang dihadiri oleh perdana menteri Abiy Ahmed.

Kelmarin, pihak polis berada di tempat kejadian serangan bagi mengumpulk­an bukti, menurut pihak berkuasa.

Sembilan orang anggota polis, termasuk timbalan ketua suruhanjay­a polis di ibu negara Addis Ababa, telah ditangkap bagi apa yang dikatakan oleh pihak berkuasa sebagai kecuaian keselamata­n.

Enam orang suspek lain telah ditahan bagi hubungan dengan serangan yang berlaku di sebuah dataran di mana puluhan ribu orang penyokong telah berkumpul, walaupun pegawai keselamata­n tidak menyatakan secara umum siapa yang mungkin bertanggun­gjawab.

Menteri Kesihatan Amir Aman menyatakan di dalam Twitter bahawa setakat jam 11 pagi waktu tempatan kelmarin, dua orang telah terbunuh dan 156 orang tercedera, dengan lima orang daripada mereka berada dalam keadaan kritikal.

“Saya berasa sangat sedih apabila mengetahui bahawa kami telah kehilangan seorang lagi mangsa rakyat Ethiopia akibat serangan pada Sabtu lepas yang berada dalam ICU di Black Lion Hospital,” menurut beliau.

Serangan berlaku sekejap selepas Abiy telah selesai menyampaik­an ucapannya di Dataran Meskel di tengah Addis Ababa. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia